fbpx

Impi Berlakon Luar Negara, Hairul Azreen Mantapkan Bahasa Inggeris

Pelakon Hairul Azreen berkata dia tidak pernah berhenti untuk memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris sebagai persediaan menerima tawaran berlakon di peringkat antarabangsa.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Kata Hairul lagi, demi meningkatkan lagi keyakinan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dia turut mengupah seorang guru untuk mengajarnya.

BACA: Hairul Azreen Terkenang Zaman Tak Ada Duit, Kereta Iswara Hampir Ditarik 3 Bulan Tak Bayar

“Setiap perkara yang kita lakukan kena perbaiki daripada kesilapan. Misalnya dalam filem-filem yang dilakukan pun, saya sentiasa perbaiki dari segi lakonan.

“Kalau kata nak ke luar, Insya-Allah ada beberapa tawaran yang belum rasmi dan belum boleh kongsi. Baru tahun lalu, saya ada ambil guru bahasa Inggeris.

“Saya juga ada ke London baru-baru ini dan berjumpa kawan-kawan antarabangsa yang tak cakap Melayu. Pengalaman dan perkara yang kurang pada saya, saya perbaiki,” katanya.

Difahamkan, Hairul kini sedang mempromosi filem The Assistant arahan Adrian Teh yang akan ditayangkan 10 Mac ini.