fbpx

Imej Seksi, Amelia Henderson Tak Kisah Dikecam

Pelakon Amelia Henderson berkata dia terbuka dengan kritikan dan kecaman dilemparkan netizen terhadap imej seksinya.

Memetik Kosmo, Amelia berkata dia selesa menjadi diri sendiri dan perkara itu sudah menjadi asam garam sebagai anak seni.

BACA: Amelia Henderson Akan Fail Rayuan, Tetap Hormat A.Aida

“Saya terbuka dengan semua komen yang orang berikan pada saya.  Dalam masa sama, saya sangat jelas dengan diri saya dan hanya saya yang tahu siapa saya.

“Kadang-kadang terdapat kebenaran dalam komen netizen namun ada kalanya tidak betul. Pada akhirnya, mereka tiada pun dengan saya setiap hari dan tidak kenal siapa saya,” katanya.

Dalam pada itu, Amelia berkata dia tidak rimas dengan kecaman dilemparkan sebaliknya mengambil komen positif untuk menjadikan dirinya lebih baik.

“Apabila bekerja sebagai seorang figura awam, memang akan ramai orang yang boleh bercakap pasal saya. Masuk sahaja ke bidang hiburan, saya perlu bersedia dengan semua kecaman dan kritikan sebegitu,” ujarnya.

Tambah Amelia lagi, baginya dia bersyukur selagi mendapat sokongan daripada keluarga dan insan tersayang.

“Selagi keluarga saya sayang dan sokong saya, saya bersyukur. Inilah diri saya, sekurang-kurangnya saya jujur dengan pendirian sendiri,” katanya.