fbpx

Amelia Henderson Akan Fail Rayuan, Tetap Hormat A.Aida

Pelakon Amelia Henderson akan memfailkan rayuan terhadap keputusan kes saman berhubung perlanggaran kontrak selepas kemenangan berpihak kepada penerbit, Datuk A Aida.

Memetik Harian Metro, Amelia yang diperintah membayar RM213,000 kepada A Aida berkata dia menghormati keputusan mahkamah namun dia akan membuat juga rayuan.

BACA: Aedy Ashraf Akui Amelia Henderson Wanita Paling Istimewa

“Tak boleh nak cakap banyak memandangkan saya akan buat rayuan juga. Saya rasa kes ini masih berterusan dan kita nantikanlah. Saya menghormati keputusan mahkamah hari ini. Saya masuk mahkamah hari ini tanpa sebarang harapan.

“Saya sangat bangga dengan diri saya kerana saya rasa saya buat perkara yang betul. Tapi pada masa sama perasaan itu juga yang bagi saya kekuatan untuk membuat rayuan.

“Hari ini saya rasa sangat gembira secara sangat peribadi kerana pada masa sangat memerlukan, seluruh keluarga hadir, maka saya menang,” katanya.

Meskipun berdepan kemelut dengan A Aida bagaimanapun Amelia berkata dia tetap menghormati penerbit itu serta gembira sepanjang bekerja dengannya.

“Pengalaman saya bekerja dengan (Datuk) A Aida sangat ‘best’ (seronok). Saya tak ada satu patah perkataan negatif pun untuk cakap mengenai dia. Saya harap semua orang faham ini adalah percanggahan pendapat profesional.

“Saya hormati semua orang dalam industri ini baik A Aida atau siapa pun yang saya pernah kerja sama. Saya dapat pengalaman yang sangat menyeronokkan kerja dengannya,” katanya.