fbpx

“Imej Bertudung Bataskan Pemilihan Watak Untuk Saya”

Bosan asyik menjayakan watak yang sama, Mira Filzah teringin untuk melakukan watak aksi pula namun katanya imejnya yang bertudung menghalang niatnya untuk melakonkan watak aksi dalam sesebuah karya kerana tidak bersesuaian.

BACA: “Terlalu Viral Sangat Pun Buat Saya Tak Selesa”

“Saya ada juga keinginan untuk memegang watak yang perlu melakukan babak aksi tapi sebab imej saya bertudung bukan semua watak sesuai. Contoh kalau pegang watak sebagai fighter wanita, tak sesua pula sebab saya bertudung”

“Jadi saya tetap kena pilih watak mengikut imej. Kalau ikutkan hati memang berminat sangat tapi saya terpaksa meletakkan limitation dari segi pemilihan watak,” katanya kepada m Star Online mengenai keinginannya.

Dalam masa yang sama, Mira mengakui peminat hanya lihat beliau memegang watak wanita baik kerana dirinya yang kerap menerima watak sebegitu, yang cukup sinonim dengan dirinya sejak dari awal penglibatan.

Terdahulu Mira buat pertama kalinya membintangi filem aksi berjudul Sangkar bersama gandingan dua hero kacak, Remy Ishak dan Zul Ariffin yang bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini diseluruh pawagam. (rtky/w)