Jika anda mengikuti media sosial penyanyi Iman Troye, pasti ramai netizen ramai perasan gadis berusia 21 tahun itu dilihat kerap bertukar beg tangan.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, Iman berkata dia membeli beg tangan tersebut sebagai habuan atas kerja kerasnya selama ini. Iman juga mengakui akan meminta kebenaran ibu bapanya terlebih dahulu sebelum membeli barangan mahal termasuk beg tangan.
BACA: Iman Troye Rasa Tak Layak Masuk AJL
“Mama sangat-sangat marah kalau beli beg macam tu sebenarnya, tapi memang saya akan minta kebenaran mama.
“Saya beli bukan untuk menunjuk-nunjuk, tidak! Tapi adalah hasil titik peluh saya sendiri, ini membuatkan saya ingin terus berusaha,” katanya.
Ditanya sama ada pembeliannya itu satu pembaziran dengan membeli beg tangan lebih baik membeli aset, Iman berkata dia sudah memiliki kereta.
“Kalau diikutkan saya dah beli dah pun kereta dan sebagainya. Tapi tak nak la tunjuk. Orang cakap keep it low-key.
“Beli handbag tu tak salah, sekali sekala tak apa. Kalau rasa memang nak beli, ada sebab nak beli, why not? Tapi kita kena tengok dulu, kalau kita beli ada tak benefit dekat kita,” katanya.