fbpx

Menjelang Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya ramai yang akan berpusu-pusu pulang ke kampung untuk menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta. Namun kali ini, Hari Raya disambut dengan sedikit kelainan gara-gara virus Covid-19 yang menghantui negara.

Tiap tahun pasti penonton ternantikan iklan raya yang kebanyakkan membawa mesej begitu mendalam. SAJI juga yang merupakan jenama Minyak No. 1 negara turut tidak ketinggalan untuk menghasilkan iklan raya yang menyentuh hati.

Meskipun berdepan dengan cabaran untuk melakukan penggambaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), SAJI tetap berjaya menghasilkan iklan raya yang cukup memberi kesan mendalam dengan keadaan kita sekarang ini.

Jika tahun lalu kisah Rendang Tok Mak semakin mendapat perhatian ramai. Tahun ini, penonton disajikan dengan sebuah kisah yang menyentuh nilai kekeluargaan dan kasih sayang seorang ibu, berjudul Kuah Kacang Ibu.

Dalam iklan tersebut, ‘pelakon air mata’ Fauziah Nawi menjadi pilihan untuk memegang watak sebagai seorang ibu yang berkongsi resepi Kuah Kacang kepada penonton tetapi rupa-rupanya, hmm…. Korang tengoklah dulu video dekat bawah ni. Rotikaya taknak bagi spoiler!

https://www.facebook.com/rotikaya/videos/241293633615112/?eid=ARBeY2pqF4g91v_NxeOMQOYTEE52KBhsrtFRd8seMH2c7xQeJFH5mQyyu7Gw1Da7hAnm38ztcwR81P8S

Sedih kan? Di sini, kita nampak SAJI cuba menyampaikan mesej bahawa kita semua masih boleh meraikan Hari Raya bersama ibu, ayah dan insan tersayang walaupun tidak dapat pulang ke kampung untuk berhari raya disebabkan penularan wabak Covid-19. Bak kata ibu Fauziah, “Biar jauh di mata, tapi jangan sesekali jauh di hati”.

Tapi rahsia yang paling penting ibu Fauziah kongsi untuk buat Kuah Kacang adalah dengan memasak seikhlas hati. Dengan menggunakan minyak masak SAJI dan semua produk SAJI lain seperti Santan, Krimer, Kicap, Sos, Garam Gunung dan banyak lagi, masakan anda pasti menjadi. Apabila juadah hari raya dimasak dengan penuh kasih sayang, bertambahlah sedapnya.

Dalam masa yang sama, SAJI juga sedang menjalankan kempen beli sambil beramal bertemakan ‘Kongsi Rezeki Seikhlas Hati’. Dengan setiap pembelian produk FGV, nilai pembelian anda akan didermakan terus kepada badan kebajikan terpilih. Anda juga berpeluang memenangi wang tunai RM500!

Cara untuk menyertai kempen Kongsi Rezeki Seikhlas Hati:

Kempen ini telah pun bermula sejak 24 April yang lalu dan akan berakhir pada 30 Mei 2020 berpandukan Terma & Syarat yang disediakan. Jom kita sama-sama membeli sambil membantu mereka yang memerlukan. 10 peserta bertuah juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500!

Untuk info lebih lanjut, layari website rasmi SAJI di www.fgvdelima.com ataupun beli secara online menggunakan aplikasi Shopee. Ok gais, Salam Aidilfitri!

Masak Seikhlas Hati, Dengan SAJI Pasti Menjadi!

#ProdukKeluaranFGV #SAJIdiHati #KongsiRezekiSeikhlasHati