fbpx

Ika Nabella Disindir Tak Layak Tunai Umrah

Pelakon Ika Nabella berkata dia sudah lama menyimpan impian untuk menunaikan ibadah umrah semenjak dia berhijrah.

Bagaimanapun, Ika meluahkan rasa terkilan apabila disindir oleh individu yang cukup sempurna ilmu agama bahawa dia tidak layak untuk mengerjakan ibadah tersebut.

BACA: Tak Nak Isteri Risau, Suami Ika Nabella Keluar Rumah Tak Pakai Minyak Wangi

“Seseorang kata yang saya tidak layak untuk kerjakan umrah. Seorang manusia yang cukup sempurna didikan agamanya kata, ‘tak layak’.

“Kata-katanya terlalu melukakan hati saya sampaikan rasa sekarang juga nak tempah. Saya menyimpan impian untuk menunaikan umrah sejak saya berhijrah,” katanya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ika berkata selama ini dia sedang bertarung dengan diri sendiri untuk mempelajari ilmu agama demi menjadi manusia lebih baik.

“Saya benar-benar memaksa diri untuk belajar agama, mengaji betul-betul dan belajar tajwid. Bangun pagi sertai kuliah. Demi Allah, saya cuba jadi orang yang lebih baik. Kenapa? Sebab saya lemah.

“Saya tak pasti tentang orang lain. Tapi saya memang bergelut. Rezeki saya ada ustazah yang selalu ingatkan saya setiap kali kelas. Supaya saya tak lupa dan sentiasa berpegang teguh dengan niat. Tapi orang-orang begini…entahlah,” katanya.

Dalam pada itu, Ika turut meminta golongan manusia yang toksik perlu menghentikan sikap buruk mereka apatah lagi sewenangnya berkata sesuatu tidak patut kepada orang lain.

“Tak payah masuk kedai ni, semua saiz S, tak ada saiz gajah. Jangan pakai tudung putih lah, nanti jadi tahi cicak. Perangai macam ni nak pergi umrah? Tak payah berangan, tak layak. Siapa pernah berhadapan situasi di atas?

“Orang-orang sebegini patut hentikan semua ini. Salah kalau bercakap begitu kepada orang lain. Mereka bukan adik-beradik, pasangan atau kawan rapat kalian! Ini bukan gurauan. Macam manalah nak hentikan semua ini,” katanya.