Ifan Seventeen Temui Pengganti, Wajah Kekasih Mirip Arwah Isteri

Hampir dua tahun bersendirian selepas isterinya Dylan Sahara maut dalam tragedi tsunami Selat Sunda, akhirnya bekas vokalis kumpulan Seventeen iaitu Ifan atau nama sebenarnya Riefan Fajarsyah sudah menemui cinta baru.

Perkongsian terbaru penyanyi berusia 37 tahun itu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama kekasihnya, Citra Monica.

BACA: Detik Persembahan Terakhir Seventeen Sebelum Dibadai Tsunami

Lebih menjadi perhatian, wajah kekasihnya itu mirip dengan arwah isterinya, malah Ifan turut mengakui tentang perkara itu. Difahamkan, Citra merupakan ibu tunggal anak satu dan bekas rakan sekolahnya.

Dalam pada itu, Ifan turut meluahkan rasa syukur kerana bertemu kembali dengan Citra. Ujarnya, tanpa Citra dia pasti tidak mampu bangun daripada kekecewaan lama.

Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju wajah kekasih hatinya itu mirip dengan Dylan dan mendoakan agar hubungan yang terjalin kekal hingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Dylan Sahara menjadi mangsa Selat Sunda pada 22 Disember 2018. Ifan bukan sahaja kehilangan isteirnya, malah semua anggota Seventeen turut maut dalam tragedi itu ketika sedang membuat persembahan di atas pentas.

×