Detik Persembahan Terakhir Seventeen Sebelum Dibadai Tsunami
Sabtu lalu, kita dikejutkan dengan berita mengenai gelombang tsunami yang melanda Pantai Barat Wilayah Banten, Indonesia pada jam 9.30 malam waktu tempatan. Setakat ini, pihak berkuasa Indonesia melaporkan, sekurang-kurangnya 222 orang maut dan 843 yang lain cedera.
Kumpulan pop rock terkemuka Indonesia, Seventeen antara mangsa yang dihanyutkan ombak. Tular di media sosial video persembahan kumpulan tersebut sebelum tsunami melanda dari arah belakang pentas dan dapat dilihat pentas roboh dihentam ombak kuat.
Band yang dianggotai oleh Ifan (vokalis), Herman (gitar), Bani (gitar bass) dan Andi (drum) itu dihanyutkan ombak tsunami ketika mengadakan konsert di Pantai Tanjong Lesung, Banten, Indonesia.
Menerusi Instagram, Irfan yang terselamat mengesahkan tiga anggota kumpulannya Bani dan Herman Ujang maut dalam tragedi itu manakala Andi masih lagi hilang dan belum ditemui.
Dalam pada itu, Irfan memberitahu isterinya, Dylan Sahara juga masih belum ditemui dan pengurus mereka Oki Wijaya serta seorang kru, Ujang, turut terkorban.
- SUMBER
- Oh Bulan
sekelip mata ..lenyap dibadai tsunami …al fatihah
Tiada siapa tau kuasa n perancangan Allah, kita mohon moga dlm peliharaan n rahmat Allah dlm pengakhiran hidup..moga yg muslim terkorban dlm khusnul khotimah Aamiin YRA
Moga d tempatkan bersama org yang beriman. Yang hilang miga kembali dengan selamat. Tuhan Maha Kuasa.