fbpx

Nyanyian Sumbang, Ifa Raziah Salahkan Baju Jadi Punca 

Persembahan penyanyi Ifa Raziah di program realiti Terpaling Juara semalam sekali lagi menjdi bualan apabila didakwa merosakkan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian Ella.

Memetik Harian Metro, Ifa berkata persembahannya dikatakan teruk dan sumbang disebabkan dia terpijak kainnya sendiri.

BACA: Ifa Raziah Mohon Maaf, Enggan Cetus Kontroversi Lagi

Menurut Ifa, ketika sesi latihan nyanyiannya mendapat pujian dan tiada masalah namun sebagai manusia pasti akan melakukan kesilapan.

“Semasa sesi latihan saya dapat pujian, bagus. Selama dua hari sejak Khamis dan petang tadi (semalam) semua ok. Tapi itulah kitakan manusia akan lakukan kesilapan dan bukan robot,” katanya.

Kata Ifa lagi, ketika diumum dua peserta terbawah dia juga hampir terjatuh disebabkan oleh kainnya yang terlalu berat.

“Disebabkan benda yang kita tak rancang dan tak disengajakan, segalanya jadi lain. Tiada siapa yang sempurna.  Kau bagus macam manapun kalau ada kesilapan teknikal dia akan jadikan kita huru hara. Itu masih terkawal atas pentas. Kalau budak baru dia tak boleh kawal itu semua,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa berkata dia tidak kesal dengan apa yang berlaku dalam persembahannya sebaliknya bangga dengan dirinya.

“Tak mengapa, orang kenal saya sebagai penyanyi dangdut. Tapi saya bangga dengan diri saya sendiri kerana setiap minggu saya mencuba sesuatu yang lain.

“Bukan semua orang boleh sahut cabaran ini. Saya buat  yang terbaik dan tunjukkan. Orang TV3 pun tahu saya boleh buat. Cuma nasib saya kurang baik akibat teknikal,” katanya.