fbpx

Identiti Busker Tepi Jalan Bersuara Sedap Akhirnya Terdedah

Baru-baru ini tersebar beberapa video di laman sosial mengenai seorang busker yang memiliki suara lunak sehinggakan menjadi bualan ramai.

Bukan sahaja tular di laman sosial, video ini juga turut dimuatnaik di Youtube dan sehingga kini mendapat hampir 10,340 tontonan. Namun, ramai juga yang masih tertanya-tanya siapakah sebenarnya penyanyi ini.

Sedar tak sedar Alvin Chong juga berkongsi nyanyian busker ini melalui Insta Stories. Melalui video tersebut, Alvin meletakkan hashtag #Termakbul namun tidak pasti pula hashtag itu merujuk kepada lagu tersebut.

Difahamkan penyanyi busker itu menyanyikan lagu ciptaannya sendiri dan dikelilingi orang ramai ketika dia sedang menyanyi di sekitar Kuala Lumpur.

Sekali imbas melihat gelagat penyanyi busker tersebut seperti seorang selebriti yang sedang meningkat naik tapi mungkin juga itu pelanduk dua serupa. Lagu yang dinyanyikan oleh busker tersebut seolah-olah memberi maksud yang mendalam.

Akhirnya, semalam terjawablah segala spekulasi apabila telekomunikasi rangkaian Digi melancarkan video busker yang tular itu. Rupa-rupanya tekaan netizen selama ini adalah betul.

Busker yang mendapat perhatian ramai itu adalah Hafeez Mikail yang merupakan seorang selebriti. Hafeez Mikail menyanyikan sebuah lagu bertajuk Ingin Selalu merupakan sebuah OST Digi Termakbul.

Dimana lagu ini menceritakan tiada seorang pun akan terbatas untuk mencapai impiannya meskipun akan berdepan dengan pelbagai rintangan.

Hebat juga marketing ini sehinggakan ada yang mengatakan Hafeez Mikail berubah angin untuk menjadi penyanyi.