Ibu kepada pelakon Zahirah MacWilson iaitu Maslinda Yusoff menjadi perhatian apabila meninggalkan emoji sedih pada perkongsian seorang individu.

Difahamkan, individu tersebut berkongsikan hantaran berkenaan derhaka terhadap ibu namun tidak menyebut nama mana-mana pihak.

BACA: “Saya Minta Maaf Atas Kejahilan Saya” – Zahirah Menangis Mohon Maaf 

“Derhaka dengan mak, tengok satu Malaysia bash awak sekarang,” tulis individu itu.

Hantaran individu itu mendapat reaksi daripada ibu Zahirah yang dilihat meninggalkan emoji sedih sahaja seolah menggambarkan perasaannya.

Bagaimanapun, individu tersebut telah pun memadam hantaran berkenaan di laman Threads miliknya namun komen ibu Zahirah masih dapat dilihat.

Terdahulu, Zahirah memuat naik video permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya mengenai sambutan Krismas, Easter dan Halloween.

Zahirah yang dilihat menangis menjelaskan dia tiada niat menyinggung mana-mana pihak serta terus memadam hantaran tersebut selepas menyedari ianya mengguris perasaan orang lain.

×