fbpx

Ibu Wafariena Terkilan Dengan Sikap Iqbal Zulkefli

Ibu kepada pelakon Wafariena Roslan iaitu Suzana Hamad meluahkan rasa kesal dengan sikap usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang cuba melibatkan anaknya dengan ‘gosip cinta’ berbaur publisiti murahan di media sosial.

Memetik Harian Metro, Suzana turut berkongsikan cerita sebenar dimana Iqbal yang mengajak anaknya bergambar terlebih dahulu dengannya ketika di set penggambaran telefilem di Kelantan, baru-baru ini.

BACA: “Wafariena Memang Cantik, Tapi Ramai Lagi Perempuan Lain Pun Cantik” – Iqbal

“Saya ada di lokasi penggambaran itu dan Iqbal yang minta izin untuk bergambar dengan Wafa. Saya pun benarkan kerana mengambil gambar adalah perkara biasa bagi seseorang artis.

“Tapi, tak tahu pula ia cuba dijadikan modal oleh Iqbal untuk mengaitkan Wafa dengan gosip cinta yang tidak wujud, namun terpalit dengan publisiti murahan sebegitu.

“Kalau betul dia (Iqbal) nak kenal Wafa lebih dekat, kenapa tak beritahu dan tanya pada saya yang ada sama di lokasi berkenaan. Ini terus buat luahan di Instagram dan apa motif sebenarnya?,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Iqbal Zulkefli menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama Wafariena sehingga ada yang mengatakan kedua-duanya dilihat sepadan dan meminta mereka segera berkahwin.

Bagaimanapun, Wafariena mengakui tidak selesa dengan pengakuan Iqbal yang secara terbuka tiba-tiba mahu mendekati dirinya.