“Sebelum Ditidurkan, Arwah Minta Saya Sedekahkan RM30,000” – Ibu Tiri
Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Siti Fatimah Suberi mendedahkan arwah meminta semua wang dalam akaun peribadinya sebanyak RM30,000 untuk disedekahkan.
Fatimah berkata Allahyarham memberi bayangan akan meninggalkan keluarga buat selama-lamanya, namun ia hanya disedari selepas pemergiannya, Isnin lalu.
BACA: “Budak Lelaki Mimpi Arwah Siti Sarah Diserbu Kanak-Kanak Palestin”
“Ketika menunggu ketibaan ambulans datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian.
“Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan. Namun, ketika sedang sakit dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.
“Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan,” katanya.
Dalam pada itu, Fatima berkata dia tidak menyangka hasrat Siti Sarah mahu berehat pada bulan Ogos petanda arwah berehat selama-lamanya.
Katanya lagi, arwah juga menyatakan hasrat mencari wajah baharu kempen promosi tiga produk keluarannya dan perkara itu disedari oleh kakitangan syarikat.
“Arwah juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos. Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat.
“Tak sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda arwah berehat selama-lamanya,” katanya.
Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi Isnin lalu, di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19.
- SUMBER
- Harian Metro
lawanya mak tiri
lawa mcm nie pon carik yg lagi muda..senyap dah kes tu ya
Lawa ke mak tiri..muda tu ye la..x silap sebaya arwah kan…skrg ni makeup tebal contact lens bagai semua dikata lawa.. xla hodoh cuma lawa tu x la..biasa ja
Lawa pun atok x hargai hahaha..
Rasanya ni kwn arwah.pernah terbaca dulu waktu ada krisis dgn ayahnya.tapi ni citer lama dah dan kearah yg lebih baik.yg pergi takkn kembali.yang Masih bernafas lakukan yg terbaik utk yg telah tiada.