Ibu kepada pelakon Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi.
Berita duka itu dikongsikan oleh isterinya pelakon Mimi Lana yang turut memohon mendoakakan buat buat arwah ibu mentuanya.
BACA: Syafiq Kyle Dedah Sebelum Kahwin Lagi Mimi Lana Teringin Anak Kembar

“Al-Fatihah.. Minta doakan Ibu mertua saya yang baru kembali Ke Rahmatullah pagi ini. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah Rohaya Binti Sulaiman, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Ameen,” tulisnya.