fbpx

Ibu Mentua Akan Jadi Saksi, Pencelah Kes Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah memaklumkan ibu dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail bakal menjadi saksi dan pencelah kes membabitkan rumah tangganya bersama Syamsul Yusof.

Memetik Harian Metro, Sarah berkata ibu mentuanya ada menghubunginya pagi tadi memaklumkan akan memberikan sokongan serta menjadi saksi.

BACA: Syamsul Tak Nak Lafaz Talak, Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul

“Mak dan bapa mentua saya baru hubungi pagi tadi maklumkan mereka ingin mencelah dan menjadi saksi apabila berhadapan dengan orang ketiga dan Syamsul.

“Mereka sanggup nak beri keterangan kerana mereka sentiasa dengan saya, mereka nampak apa yang berlaku. Malah mereka turut titipkan doa untuk saya hari ini,” katanya.

Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah terpaksa mengemukakan bukti baru kepada mahkamah mendakwa pernah dipukul suaminya tiga tahun lalu.

Puteri Sarah berkata dia tidak membuat laporan polis kerana ketika itu masih wujud rasa cinta pada suaminya dan ibu mentuanya yang menyelamatkannya.