Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pempengaruh media sosial, CEO Batu apabila didakwa menghantar gambar berunsur seksual kepada seorang remaja berusia 14 tahun.
Memetik mStar Online, ibu kepada mangsa remaja bernama Qalisya itu iaitu Ieja Cazendra berkata anaknya trauma selepas menerima mesej berunsur lucah daripada pempengaruh berkenaan.
Menurut Ieja lagi, dia mahu mendapatkan pembelaaan buat anaknya biarpun CEO Batu merayu untuk selesaikan secara baik serta mengaku kesilapannya.
“Sebelum kes ni jadi tular, dia (CEO Batu) ada mesej saya dan minta maaf mengaku kesilapan, malah nak berjumpa untuk selesaikan perkara ini.
“Dia minta jangan tularkan perkara ini tapi saya tetap dengan pendirian untuk bawa ke pihak pengadilan dan susah untuk saya maafkan sebab yang berlaku tu kepada anak saya.
“Ya memang agak trauma sikit jadi untuk selepas ini saya memang akan lebih pantau anak saya ni, akan pastikan dengan siapa dia berkawan atau mesej supaya perkara seperti ini tida berlaku lagi,” katanya.
Sementara itu, Ieja turut mempersoalkan tindakan pempengaruh itu yang menghantar gambar sedemikian sedangkan mengetahui anaknya baru berusia 14 tahun.
“Anak saya panggil dia uncle, macam respect kan, tapi tiba-tiba macam tu, untuk apa dia hantar gambar, dia dah tahu anak saya umur 14 tahun tapi kenapa nak hantar macam tu,” katanya.
Terdahulu, pempengaruh berusia 22 tahun itu diireman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
SUMBER: mStar Online