fbpx

Ibu Madu Meninggal Dunia, Adira Setia Teman Hingga Ke Kubur

Perkongsian madu kepada penyanyi Adira iaitu Datin Red menjadi perhatian apabila memaklumkan ibunda tercintanya pergi menghadap Ilahi pada 23 Mei lalu.

Menerusi perkongsian tersebut, Datin Red meluahkan rasa di atas pemergian ibundanya itu kerana selepas ini terputus doa seorang ibu buat anak-anak.

BACA: Datin Red Mimpi Wanita Bertudung Putih Mengaku Madu Semasa Datuk Red Kahwini Adira

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syarifah Nor Shafila (@datin_red)

Dalam entri itu lagi, Datin Red atau nama sebenarnya Datin Syarifah Norshafila mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, suami serta madu yang bersama ketika suka dan duka.

Turut menjadi perhatian kehadiran Adira yang tidak henti menenangkan Datin Red yang dilihat emosi selepas jenazah ibunya dikebumikan.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan takziah buat Datin Red sekeluarga di atas pemergian ibu tercinta.

Malah, ada yang terharu melihat hubungan baik Adira serta tetap setia bersama madunya serta menenangkan kan Datin Red.

Adira bernikah dengan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu pada hujung tahun 2015 dan mengesahkan pernikahan mereka yang dilakukan di Thailand sekitar awal 2016.