Ibu Linda Rafar Meninggal Dunia
Ibu kepada selebriti Linda Rafar dan Diana Rafar iaitu Rasimah Abd Rahman menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam kira-kira pukul 9.50 malam semalam.
Linda Rafar berkongsi kisah Allahyarham berada di rumah pada sebelah pagi namun dimasukkan ke hospital semula pada waktu malam kerana kesihatannya merosot.
BACA: Delegasi Jururawat Bakal Saman Linda Rafar
“Al-Fatihah sayang mak. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakan lah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman,” tulis Linda Rafar di media sosial.
Jenazah ditempatkan di kediaman Linda di D’Kayangan Shah Alam sementara solat jenazah akan diadakan di surau berhampiran pada pagi Sabtu dan dijangka dikebumikan selepas itu di Seksyen 21, Shah Alam. (rtky/m)
- SUMBER
- mStar Online
AL Fatihah ….
Innalillahiwainnailaihirojiuuun. Semoga ditempatkan bersama mukmin di syurga teratas.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
Alfatihah.. Doa ibu paling mustajab… Yang lain dah2 la tu nak gaduh2. Kesian kat orang tua yang sakit. Kalau kita ikhlas Allah akan berkati pekerjaan kita. Linda berjuang demi ibunya. Semoga arwah ditempatkan di syurga. Takziah linda dan keluarga.
Innanillahiwainailaihirojiun..Al Fatihah buat pn Rasimah And Rahman semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah n ditempatkn bersama2 ahli syurga yg mulia Aamiin YRA. Takziah buat Linda n keluarga moga tabah dgn dugaan Allah
Mana geng2 misi dan macai2 misi taik yg dok kecam dan dok hina linda sekeluarga???..cepat lah kecam..bodoh!!…
Oii mana geng2 misi dan macai2 misi taik sekalian…cepat lah kecam.mak dia dah meninggal dah tu.cepat la kecam..sebelum ni kecam abis 1 keturunan dia..kecam laaa weii kecam…mangkok punya macai2 misi..saman la saman!!..
Mana macai2 misi dan geng misi..kecam la weii…hina lah wei..mak dia dah meninggal tu..kecam lah..lunaskan lah hobi dan keseronokan kau org yg suka mengecam tu .
Sabar…… Biar Allah tentukan….