fbpx

Ibu Juga Perlu #StayBeautiful

Terkejut juga la bila geng Rotikaya.com minta saya untuk tuliskan pandangan tentang persoalan tentang ibu ibu di luar sana yang sering membiarkan diri terbiar selepas bekeluarga dan melahirkan anak — kita semua mak mak pernah lalui perkara sama.

Saya dulu sebelum kahwin pun, sehari mesti berjam jam dihabiskan untuk diri sendiri maklumlah mana ada komitmen lain selain belajar selepas tu mula bekerja mencari sumber kewangan sendiri. Tidak terfikir pun nak buang masa lama lama dengan orang lain.

Tapi lepas sahaja berkahwin dan melahirkan anak pertama, rasa untuk cantik cantik itu hilang tiba tiba dan entah ke mana. Masa mesti banyak habis dengan anak, dengan suami lagi. Bertambah tambah apabila saya masih bekerja kerana tak mahu berhenti suka suka.

Ha, video kat atas memang 100 peratus gambarkan apa yang saya dan pastinya setiap seorang dari ibu ibu di luar sana. Kita akan tinggalkan apa sahaja yang sedang kita lakukan untuk anak kita yang memerlukan perhatian, walaupun ketika sedang sedap mandi buih. HAHA!

Tak berapa lama saya pun sedar yang saya perlukan masa untuk diri sendiri. Bukan bermakna itu saya perlu abaikan anak dan keluarga, tetapi ianya lebih kepada pengurusan masa yang lebih baik supaya saya boleh jaga diri sendiri, siapa lagi ‘kan?

Suami saya dan anak sendiri mesti tak nak tengok isteri dan ibu yang selekeh ‘kan? Sebelum ianya terlambat, saya mula berikan lebih perhatian untuk diri sendiri seperti masa sebelum berkahwin dan miliki tanggungjawab penuh berkat ini.

Kenal Vivy Yusof? Ibu ibu muda di luar sana mesti kenal dan ikuti perjalanan dia sebagai seorang wanita bekerjaya, ibu juga isteri dan dalam masa yang sama masih kekal cantik (cemburu tau?). Sekarang ini dia ada reka satu scarf dengan kerjasama P&G untuk golongan ibu ibu.

Menariknya kita boleh kumpul dUCk scarf eksklusif secara PERCUMA. Hanya perlu membeli syampu dan perapi Pantene atau Head & Shoulders bernilai RM40 untuk menerima sehelai dUCk scarf eksklusif secara percuma. Tawaran ini terdapat di semua cawangan Tesco, Watsons, Mydin, Giant, AEON dan AEON BiG di seluruh Malaysia. Senang ‘kan?

Processed with VSCOcam with c1 preset

Bercakap tentang produk ini, saya memang sangat sangat titik beratkan penjagaan rambut kerana seperti kata kata pujangga rambut itu mahkota para wanita dan oleh itu saya sering guna produk Pantene yang menyihatkan rambut dan menyerlahkan kejelitaan. Lagi senanglah untuk saya kumpul dUCk scarf ini nanti.

Nak tahu lagi tentang kerjasama dUCk scarf dan P&G untuk kempen #StayBeautiful ini, layari web rasmi mereka di Youtube dan jangan lupa untuk sebarkan mesej penting ini — golongan ibu juga perlukan masa untuk berikan perhatian kepada diri sendiri :)