Ibu Dikejarkan Ke Hospital Akibat Asma, Ali Puteh Mohon Doa Orang Ramai
Menerusi Instagram sebentar tadi, pelawak Ali Puteh memaklumkan ibunya iaitu Sabariah Arshad dimasukkan ke Hospital Selayang akibat serangan asma malam semalam.
Ali berkata ibunya kini ditidurkan dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Dalam pada itu, Ali turut memohon doa orang ramai mendoakan kesihatan ibunya agar cepat sembuh.
BACA: Isteri Ali Puteh Dedah Suami Lelaki Berprinsip
“Salam jumaat penghulu segala hari, mak masih di hospital dan keadaan mak masih ditidurkan dan menggunakan alat pernafasan. Semoga mak kuat dan terus kuat. Doakan buat mak semoga semuanya kembali sediakalaa,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ali yang juga adik kepada pelawak Allayarham Abam Bocey turut mengatakan ujian yang datang adalah tanda Allah menyayangi umatNya.
Diruangan komen entri itu, rata-rata rakan artis dan pengikutnya mendoakan supaya ibunya berusia 63 tahun diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
- SUMBER
- mStar Online
ali…sabar dulu…jangan dok kira2 harta mak pulak pasni…..tegur dulu je…doa semoga panjang umur…setiap manusia hidup akan temui ajal…harta x kemana….ali…ali…..
Nama Ali putih spttnya hati suci murni !!!
Tp Yg nie sesuai tukar nama kpd Ali Setan!! Opsss??
Oooooo skrang pandai plak nak minta tolong netizen… Sblum ni bukan main lg panggil netizen mcm2.. Ptui… Nasib bauk hati aku x sehitam ko ali… Aku doakan mak ko sihat balik.
kenapa plak aku setuju komen2 di atas ni..