fbpx

Umum mengetahui, dalam pembentangan bajet pada Jumaat lalu antara yang menjadi perhatian adalah bantuan tunai secara ‘one-off’ RM500 yang diberikan kepada ibu bersalin pada 2023.

Perkara itu turut mendapat perhatian Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menyambut baik inisiatif tersebut.

BACA:  Walaupun Penat Urus 6 Anak, Dr Sheikh Muszaphar Tetap Nak Tambah Anak Lagi

Memuat naik mengenai perkara itu di Instagram, Dr Muszaphar berkata beliau berharap pengumuman itu dapat dijadikan motivasi buat isterinya, Datin Dr Halina. Dr Muszaphar sempat mengusik isterinya untuk menambah cahaya mata lagi pada tahun hadapan.

“Bajet 2023. Dalam semua intipati belanjawan, inisiatif ini paling menarik perhatian saya. Semoga menjadi motivasi yang baik buat Dr Halina. Dapat duit belanja lagi haha,” selorohnya.

Dalam pada itu, Dr Muszaphar menjangkakan lebih ramai bayi akan lahir pada tahun depan terutama dalam kalangan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Perkongsian Dr Muszaphar itu mendapat pelbagai reaksi daripada entizen yang berkongsikan bantuan tunai itu hanya diberikan kepada penerima BKM atau berpendapatan rendah sahaja.

Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.