Walaupun Penat Urus 6 Anak, Dr Sheikh Muszaphar Tetap Nak Tambah Anak Lagi
Umum mengetahui, angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor mempunyai enam cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isteri Dr Datin Halina.
Baru-baru ini, Dr Muszaphar ada berkongsikan tentang rutin hariannya bersama isterinya yang begitu padat dimana bermula 5.30 pagi hingga 10 malam.
BACA: Kongsi Tips Pujuk Isteri Untuk Tambah Anak, Dr Sheikh Muszaphar Dikritik Netizen
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Dr Muszaphar berkata seawal jam 5.30 pagi keadaan rumah akan kecoh apabila salah seorang daripada anak kemmbarnya akan bangun.
View this post on Instagram
Meskipun sibuk, anak-anaknya tidak ketinggalan untuk mengikuti kelas agama, kelas tambahan dan aktiviti riadah seperti kelas Taekwando dan kelas renang pada waktu petang.
Katanya lagi, waktu malam akan lebih kecoh dimana Dr Muszaphar akan mengajar dua anak kembar lelakinya Matematik dan English, manakala Dr Halina akan fokur kepada pelajaran anak perempuan mereka sehingga jam 10 malam.
Kata Dr Muszaphar lagi, beliau juga pernah melaklukan kekhilafan ketika menguruskan anak apabila terlupa untuk menjemput anak di sekolah.
Dr Muszaphar mengakui bukan mudah untuk menguruskan 6 orang anak dan sudah tentu penat, namun baginya sangat berbaloi. Namun, Dr Muszaphar turut menyimpan hasrat untuk menambah cahaya mata lagi.
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.
Mmg best anak byk. Meriah aku adik beradik ramai mmg rasa seronok bila ada majlis or raya. But dont try to bite more than you can chew. Be responsible. Jgn smpai terlupa anak kat sekolah etc .bahaya utk anak2 tu.
Comelnya semua anak-anak dia =)
aku ok je dengan muzapar n dr harlina ni. tapi lately ni aku annoying gila dengan muzapar ni. why must he keep telling the whole world about “Nak tambah anak lagi”? Haritu dr harlina baru deliver pun muzapar kata dah fikir pasal anak ke7. he keeps repeating the same word until people get annoyed with him. Derr, if u want to have more babies or else please keep it in your room! aku rasa disgusting giler. yep kalau kita fikir benda positive, positive la. If negative then negative la. Tapi untuk kes dia ni aku rasa mcm disgusting. Macam mana tak rasa jijik kalau lelaki asyik cakap nak anak? kalau suami aku gini, aku malu woo. Aku ok dengan dr harlina tp kalau si muzapar ni adui please be matured la bro! Aku jarang nak komen tapi kali ni aku terpanggil untuk komen. Tak nak terima sudah. Kalau dah jadi influencer mesti la u kena accept others opinion.
Sekian
Tambah cawangan… keluarga bertambah besar…
banyak juga duit rakyat malaysia dia guna itu hari naik angkasa.
rupa2 untuk dia kahwin jemput ramai orang seluruh dunia dan buat anak ramai2.
Setuju dgn anak ke10
Dia dan bini dia pandai ,berkualiti dan mendtgkan faedah kepada manusia lain serta mampu (kewangan, masa etc) mendidik anak jd manusia elok. So, xpe la tambah anak. Untung mereka dan manusia lain.
Yg rugi dan nyusahkan org adalah klu pasangan ketum, taik ganja ke, pencopet ke, nk tambah anak. Pas tu tak nak jaga. Ha..tu blh berambus
Bukankah.. umat kita diunjurkan/anjurkan beramai²,, baree jd bohh