fbpx

Ibu Ameera Khan Kesal Anak Dituduh Terlibat Aktiviti Judi

Ibu kepada personaliti media sosial iaitu Ameera Khan meluahkan rasa kesal apabila ada pihak menuduh anak perempuannya terlibat dalam aktiviti tidak bermoral berkaitan judi.

Perkara itu diluahkan oleh Datin Noor Kartini menerusi Instagram miliknya serta menyifatkan tuduhan Ameera terlibat dalam aktiviti perjudian perlawanan kuda yang tular baru-baru ini adalah fitnah.

BACA: Netizen Puji Kecantikan Ameera Khan Tak Masuk Akal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Sementara itu, Kartini berkata dakwaan tersebut sangat biadab serta menitipkan pesanan kepada pihak berkenaan mencari rezeki dengan cara yang halal.

“Ini sangat biadab. Nak berniaga biarlah rezeki yang halal. Bukan sanggup fitnah macam ini,” tulisnya.

Baru-baru ini, tular apabila Ameera memuat naik gambar menghadiri sebuah acara lumba kuda di sebuah lokasi yang tidak diketahui. Turut menjadi perhatian gambarnya dilihat sedang memegang tiket.