Takziah diucapkan buat pelakon Datuk Aaron Aziz di atas kehilangan ibunya yang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Singapura, malam tadi.
Isteri Aaron, Datin Diyana Halik mengesahkan punca kematian ibu mentuanya, Allahyarham Juriana Jaafar disebabkan serangan jantung. Berita sedih itu turut dimaklumkan oleh Aaron menerusi Instagramnya.
BACA: Akaun Tinggal RM40, Aaron Aziz Akui Artis Pun Manusia Biasa
“Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadat umrahku serta selamatkanlah ibuku dari seksa kubur dan api neraka. Ambillah segala kerja amalku untuk menemani ibu di Alam Barzakh.
“Tempatkanlah ibuku di antara hamba hamba Mu yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la. Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini,” katanya.
Sebelum ini, Aaron sering berkongsi keadaan kesihatan arwah serta memohon doa agar ibunya pulih seperti sedia kala.