fbpx

Pelakon dan penyanyi Nur Fazura berpendapat soal berkaitan agama seperti ibadah, berhijab dan hijrah tidak perlu disensasikan oleh sesiapa.

Fazura menerusi satu perkongsian di Instagram berharap, perkara tersebut merupakan perjalanan hidup peribadi seseorang.

“Ibadah, Hijab, Hijrah. It is a person’s secret intention with Allah SWT. A personal jorney that should never be told or sensationalized by anyone else. Cukup-cukuplah. #penat”, paparan yang dikongsi oleh Fazura.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya menyambut baik pendirian berkenaan selain ada yang menitipkan kata positif buatnya.

Sementara itu, suaminya yang juga pelakon dan penyanyi, Fattah Amin ada berkongsi mengenai reaksinya mengenai hal tersebut.

“Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya. Sebagai suami, penampilan Muslimah itu yang sentiasa saya doakan selama ini,” kongsinya dalam sidang media virtual di sesi pelancaran single terbarunya, Hamba.