fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video dikatakan mirip seorang pelakon baru sedang ghairah bercium di sebuah kelab malam.

Memetik mStar Online, pelakon Ameerul Asyraf mengaku video aksi bercium dalam sebuah kelab malam yang tular itu adalah dirinya.

BACA: Pelakon Lelaki Kantoi Ghairah Cium Di Kelab Malam, Kekasih Tuntut Janji Bertunang?

Bagaimanapun, Ameerul berkata itu adalah video lama yang dirakam sekitar 2019 serta mempersoalkan kenapa video itu disebarkan.

“Lelaki dalam video itu memang saya tetapi ia adalah kisah silam saya. Saya tidak tahu jika ada pihak tidak berpuas hati dengan saya sebab pelik juga kerana baru sekarang nak sebarkan,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita bernama Eyra mendakwa teman lelaki aktor itu mendedahkan video berkenaan di TikTok serta meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Ameerul serta pelakon itu  berjanji mahu mengikat tali pertunangan dengannya tahun ini.

https://www.tiktok.com/@zirah370/video/7197354184365198619

Dalam pada itu, Ameerul tidak menolak video itu dihantar oleh wanita bersamanya dalam video berkenaan kepada Eyra namun tidak pasti motif wanita tersebut.

“Mungkin ini ujian saya sebagai anak seni. Saya tidak tahu kenapa ada pihak perlu sebarkan sekarang selepas empat tahun kejadian itu berlaku.

“Saya juga tak pasti apa dia mahu? Tapi kami masih lagi berkawan. Saya rasa video itu hanya ada padanya. Tak tahulah kalau kawan-kawan dia mempunyai salinan. Tapi saya dapat rasakan dia sendiri yang hantar,” katanya.

Sementara itu, Ameerul berkata dia tidak sempat menjelaskan apa-apa kepada Eyra kerana wanita itu terlebih dahulu memuat naik video berkenaan di TikTok serta tidak mahu memburukkan keadaan.

Kata Ameerul lagi, dia dan Eyra sedang berkawan namun tidak pasti mengenai dakwaan kononnya mereka mahu mengikat tali pertunangan.

“Saya memang rapat dengan dia. Eyra pun ada temani saya ke lokasi penggambaran tapi buat masa ini biarlah saya fokus keluarga dan karier. Kewangan pun belum stabil untuk berkahwin.” kata Ameerul,” katanya.