Mungkin ramai kipas-susah-mati Steven Spielberg dan Michael Bay akan meminati filem baru, I Am Number Four yang mana membawakan jalan cerita yang mana kalau dilihat daripada sinopsisnya, ianya seperti campuran filem Superman dan Twilight.


Namun begitu, kami tidak boleh komen lebih sehingga filem ini dilepaskan pada tahun hadapan nanti.

Sembilan anak alien, yang mana menyerupai manusia, melarikan diri daripada planet mereka, Planet Lorien, dan menyembunyikan diri mereka di planet kita, Bumi. Spesies yang mula menakluk disana, Mogadorians, yang menghancurkan planet mereka, mengikuti mereka ke Bumi untuk membunuh mereka. Setiap anak alien yang tiba di Bumi itu mempunyai angka unik mereka, dan mempunyai penjaga mereka masing-masing, dimana mereka akan mula mendapat kuasa superhuman apabila menjadi dewasa.

Dragon Ball + Superman?
Sambung sinopsis –>

Alien-alien yang tiba dibumi itu dibunuh mengikut angka masing-masing dimana sehingga kini, No. 1, 2 dan 3 telah dibunuh. Number Four, atau yang mana turut dikenali sebagai John Smith pula menyembunyikan diri sebagai seorang pelajar sekolah menengah di Ohio. Seperti pelajar lain, John Smith mula jatuh cinta kepada Sarah Hart, dan bermula daripada situ, Number Four yang sekian lama melarikan diri, kini mempunyai suatu perkara untuk dilindungi, dan mula mempertahankan dirinya.

Sedikit Twilight di situ.

Anyway, filem ini diadaptasikan daripada novel dengan nama yang serupa, jadi ianya terlebih dahulu sudah pun dikeluarkan, dan tiada sebarang peniruan idea.


P.S : Dengar pada saat ke-14, “Number One was killed in Malaysia”. =)