fbpx

“Hukuman Sebat Lesbian Tak Perlu Dipertonton Kepada Umum”

Pasti ramai yang tahu berita mengenai dua wanita yang dikenakan hukuman enam kali sebatan dihadapan 100 orang saksi di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu atas dakwaan cuba melakukan hubungan sejenis di dalam kereta pada April lalu.

Isu kontroversi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk model seksi Alicia Amin yang tidak bersetuju apabila hukuman sebat itu dipertontonkan kepada umum.

BACA: Netizen Tanya Alicia Amin Memang Tak Suka Pakai Bra Ke?

“Pada pendapat saya, hukuman sebegini tak perlu dipertontonkan kepada umum dan dihebahkan ke media serta media sosial. Saya faham tujuan hukuman sebat mengikut undang-undang Syariah, bertujuan memberi pengajaran. Namun begitu, ia akan meninggalkan kesan buruk kepada pesalah dari segi psikologi mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Tidak mahu netizen salah faham dengan kenyataanya sebelum ini, Alicia menjelaskan apa yang disuarakan olehnya bukan bermaksud dia menolak hukuman Syariah tetapi adalah untuk menegakkan hak sesama manusia.

“Kalau sesuatu perkara yang berlaku itu mungkin akan meninggalkan kesan negatif (sebat di depan khalayak), kita perlu bersuara dan bincangkan. Bagi saya, ‘human rights’ sangat penting dan perlu diambil kira.

“Apa yang saya lakukan adalah satu perkara positif dan patut kita amalkan kerana kita perlu saling hormat-menghormati sesama manusia. Dengan itu, yang salah boleh diperbetulkan dan dijadikan tauladan ” katanya.

Setiap orang ada pendapat mereka masing-masing. Perlu tahu, hukuman tersebut bukan berniat untuk memudaratkan tetapi untuk mendidik dan memberi pengajaran.