fbpx

Hukuman Penjara 13 Bulan Farid Kamil Diganti Denda RM5,500

Sebelum ini pelakon Farid Kamil diperintah untuk dipenjarakan selama 13 bulan, bagaimanapun hukuman tersebut digantikan dengan denda sebanyak RM5,500.

Mahkamah bersetuju untuk menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000 dan RM500 bagi hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan.

BACA: Gelaran Datuk Farid Kamil Ditarik Balik, Netizen Simpati Dengan Diana Danielle

Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan dibuat keatas kes oleh pelakon tersebut.

Selain itu, Farid juga menyesal dengan perbuatan yang dilakukan dan memohon maaf ketika perbicaraan berlangsung.

Sebelum ini, Farid Kamil dijatuhi hukuman 13 bulan penjara bagi sabitan kes menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis dan empat bulan penjara bagi sabitan kes mengeluarkan perkataan tidak sopan.