fbpx

Umum mengetahui, hari ini hangat diperkatakan mengenai pelakon dan pengarah Farid Kamil yang ditarik balik gelaran Datuk oleh titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dalam satu kenyataan media hari ini dan tarikh surat penarikan balik itu berkuat kuasa pada 1 Februari lalu.

BACA: Gelaran Datuk Farid Kamil, Boy Iman Ditarik Balik

Susulan pengumuman itu, netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib isteri kepada Farid Kamil iaitu Datin Diana Danille.

Netizen berkata Diana kini dikatakan hilang gelaran ‘Datin’. Dalam pada itu, ada segelintir meninggalkan komen sindiran selepas ini tidak boleh memanggil pelakon itu dengan gelaran Datin.

Selain Farid Kamil, pelakon dan usahawan Boy Iman atau Noruliman A Rahman turut berdepan nasib sama antara lima individu yang ditarik semula daripada gelaran berkenaan.