Pendakwah bebas, PU Syed memuat naik video memberikan teguran kepada pelakon dan penyampai radio, Syarifah Aleya susulan tindakannya menindik hidung.
Menerusi perkongsian di Instagram, PU Syed menjelaskan bahawa hukum menindik hidung adalah haram dan ia termasuk dalam hukum tasyabuh dimana ianya menyerupai agama lain.
BACA: “Suami Saya Suka” – Sharifah Aleya Dah Lama Teringin Tindik Hidung
View this post on Instagram
“Hukum ini boleh kita cari di Google, bukanlah sekadar suami, atau ayah setuju dan tak marah. Itu bukan isunya. Perbuatan menindik hidung itu adalah haram, sebab termasuk dalam hukum tasyabuh iaitu menyerupai orang agama lain.
“Bahkan ada fatwa daripada jabatan mufti yang menghukumkan perbuatan menindik hidung adalah haram,” katanya.
Sementara itu, PU Syed berkata biarpun perbuatan itu mendapat reda daripada suami serta ibu bapa namun perlu mengutamakan larangan Islam.
“Hasrat itu bukan masalah netizen kecam tapi pandangan Islam itu sendiri haram, jangan buat walau suami kita dan mak ayah reda. Maka kita letakkan larangan Islam itu sebagai keutamaan dalam sesuatu perkara yang kita mahu lakukan,” katanya.