Rata rata peminat sudah tahu akan hubungan cinta yang terjalin antara pelakon Izara Aishah dan anak lelaki Datuk K, Adib Khalid ketika ini dan pastinya peluang bertemu dengan jejaka itu baru baru ini digunakan untuk bertanyakan tentang perkembangan ini.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
BACA: Izara Aishah Akui Kini Bercinta Dengan Adib Khalid
Kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios, Adib Khalid tidak menafikan kenyataan yang telah dikeluarkan Izara Aishah beberapa minggu lalu namun tidak mahu bercerita lebih lanjut kerana menganggap ianya terlalu peribadi.
“Kenyataan yang Izara Aishah beri kepada media sebelum ini adalah benar & kami memang saling mengenali. Cukuplah dia sahaja yang beri kenyataan bagi pihak saya kerana ia terlalu peribadi untuk diceritakan,” ujarnya seperti dilaporkan mStar Online hari ini.
Adib Khalid turut berkata yang beliau mahu mengambil masa selama tiga sehingga empat tahun untuk fokus pada kerjayanya sebelum memikirkan soal berumahtangga.
“Saya beri tempoh tiga hingga empat tahun untuk beri perhatian sepenuhnya kepada syarikat sebelum memikirkan soal peribadi atau berumah tangga. Buat masa sekarang ini belum masanya, kerana banyak perancangan dan strategi yang diatur untuk syarikat ini,” tambahnya. (rtky/m)