fbpx

HUAWEI nova 7i Adalah Hadiah Terbaik Sempena Hari kekasih!

Tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang tarikh 14 Februari yang bakal memberi makna besar buat mereka yang mempunyai pasangan hidup. Bersempenan dengan tarikh ini, ramai yang akan membuat pelbagai cara bagi menggembirakan hati kekasih mereka. Sama ada makan malam, memberi hadiah mahupun bercuti bersama itulah antara aktiviti yang dilakukan pada tarikh tersebut.

Namun kali ini, kami ingin membantu anda yang buntut memikirkan hadiah terbaik untuk diberikan kepada buah hati anda. Jangan risau ada hadiah yang sepatutnya anda berikan buat buah hati anda. Sepanjang tarikh 14 Februari sehingga 21 Februari ini anda boleh membuat tempahan telefon pintar NOVA 7i dengan harga RM1,099 sahaja. Murah dan sangat berbaloi.

Menariknya, bagi anda yang membuat tempahan akan menerima Huawei Band 4 secara percuma (selagi stok masih ada). Jangan tunggu lama-lama, ini peluang terbaik buat anda berikan hadiah yang wow.

Sementara anda fikirkan sama ada berbaloi mahupun tidak untuk membuat pra tempaha Nova 7 i ini, meh kita layan dulu kelebihan Nova 7i.

Menariknya mengenai Nova 7i ini, anda boleh lakukan ansuran mudah serendah RM4.87/sehari. Jadi kepada anda yang tidak mampu untuk membayar jumlah penuh HUAWEI Nova 7i tu bolehlah ambil plan ini.

1. 4200mAh Bateri dan 40W HUAWEI SuperCharge

HUAWEI nova 7i kali ini hadir dengan kuasa bateri sebesar 4200mAh dengan sokongan 40W HUAWEI SuperCharge. Sekaligus membolehkan anda menggunakan pengecasan sehingga 70% dalam masa hanya 30 minit. Teknologi pengecasan pantas ini telah pun disahkan oleh TÜV Rheinland bagi memastikan pengisian yang selamat dan cepat.

2. Kelebihan AI Algorithms

Tidak hanya hadir dengan kelebihan beteri yang besar. Nova 7i kali ini juga dilengkapi dengan beauty effect yang lebih cantik antaranya stiker AR, kecantikan selfie video (Slim Body Effect), dan super night mode untuk selfies.

Mampu Mengenali Posture Badan Anda

Buat yang bergelar wanita anda pasti seronok apabila menggunakan Nova 7i yang mempunyai kuasa untuk menegur anda mengenai kedudukan bentuk badan mahupun kawasan sekeliling anda semasa bergambar. Yang menariknya Nova 7i menggunakan cip Kirin 810 AI algorithms yang pertama di Malaysia. Sekaligus membolehkan peranti ini berfungsi seperti pasukan profesional yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dari solek ke styling.

Algoritma AI Untuk Kesan Kecantikan Yang Lebih Baik

HUAWEI Nova 7i menyokong algoritma AI untuk peningkatan foto. Sistem AI mampu mengukur ciri-ciri wajah dari berjuta-juta imej dan secara automatik memberi penyelesaian kecantikan yang optimum untuk anda.

Tambahan pula, ia boleh mencantikkan ciri-ciri wajah istimewa termasuk bahagian mata, solekkan pada mata, bibir dan hidung. Di samping itu, ia menyesuaikan penyelesaian kecantikan mengikut umur dan jantina subjek semasa selfies bagi menampilkan kesan semula jadi.

Super Night Mode Untuk Selfie

Dengan menggunakan Super Night Mode 2.0, kamera secara tepat boleh mengesan persekitaran gelap dan secara automatik mengaktifkan algoritma. Algoritma NPU AI yang kuat boleh memisahkan subjek dan latar belakang dengan bijak. Untuk foto statik, penambahan pelbagai bingkai digunakan di latar belakang bagi menjadikan kawasan gelap lebih jelas. Sementara itu, pengoptimuman bingkai tunggal digunakan untuk menyerlahkan subjek yang cerah dan ciri wajah tiga dimensi. Ia dapat membantu pengguna membuat selfies yang jelas.

3. Reka Bentuk Yang Trendy

HUAWEI Nova 7i mempunyai reka bentuk CMF yang anggun dan premium. Bahagian belakang yang nipis dengan kuasa warna yang menakjub, tekstur silau, sorotan logam menjadikan reka bentuk unik dan boleh beza.

HUAWEI Nova 7i boleh mempunyai tiga warna antaranya Sakura Pink, Black, dan Crush Green. Sakura Pink adalah warna kecerunan warna biru-pink yang menggambarkan langit biru muda yang menyatukan bunga cerah merah jambu yang jelas, yang mewujudkan perasaan hangat dan romantis.

Warna Hitam adalah keanggunan halus klasik. Ia juga tulen, cerah dan lembut seperti batu permata.

Warna Crush Green memancarkan rasa misteri yang melambangkan warna hutan. Sudut bulatnya, bersama-sama dengan lampu terangnya, membuat pengguna berasa seperti mereka memegang batu jade di tangan mereka.

4. Pengalaman Hiburan Yang Disokong Oleh Prestasi Baik

HUAWEI Nova 7i dikuasakan oleh Kirin 810, sebuah chipset 7nm yang terkemuka. Sekaligus membolehkan anda bermain permainan video game dengan lancar pada kadar yang tinggi. Ia menggunakan seni bina HUAWEI Da Vinci NPU untuk meningkatkan lagi prestasi AI bagi sistem pemprosesan imej AI. Telefon ini boleh digunakan seharian dengan hanya satu pengecasan kerana memiliki bateri 4200mAh yang besar dan 40W HUAWEI SuperCharge.

5. MEETime-Panggilan Video Kualiti Tinggi

HUAWEI Nova 7i menyokong MEETime, ciri panggilan video 1080p yang revolusioner, dan mampu memberikan kualiti imej yang jauh lebih baik dengan penggunaan data Internet yang lebih rendah daripada peranti lain. Dalam persekitaran cahaya yang rendah, MEETime boleh meningkatkan kecerahan untuk panggilan video. #BestSelfieVideoSmartphone

Amacam menarikkan #HUAWEInova7i ini. Memang ini hadiah yang sepatutnya anda berikan kepada kekasih hati anda. Lebih menarik lagi, jika anda membeli produk HUAWEI ini anda bakal memenangi tiket percutian ke Maldives bernilai sehingga RM36,000! Terhad kepada 3 pasangan sahaja.

Hanya mengimbas kod QR, jawab soalan dan isikan butiran peribadi anda dan lampirkan resit pembelian anda. Pemenang akan diumumkan di Facebook pada 14 Mac 2020.

Promosi Flash Deal Hari Kekasih ini bermula pada 11 sehingga 14 Februari ini. Pelbagai barangan produk keluaran HUAWEI anda boleh miliki dengan harga serendah RM2.14 sahaja. Ha tunggu apa lagi, time ini lah untuk anda grab barangan elektronik idaman anda.

Untuk terma dan syarat layari laman ini. Maklumat lanjut layari laman rasmi HUAWEI.

Ini Antara Produk Baru HUAWEI Yang Bakal Dilancarkan Pada 14 Februari ini:

1. HUAWEI Nova 5T dengan warna baru Crush Green cuma RM1,399

2. HUAWEI Freebud 3 berwarna merah pada harga RM679

3. Watch GT 42mm warna Rose Gold, harga RM899

4. RM699 HUAWEI Y7p (sesuai dijadikan telefon kedua)

5. RM2,299 MateBook D 15 Versi Baharu (8GB + 256GB)