Telefon pintar memang salah satu keperluan yang wajib ada untuk setiap orang pada masa kini. Nak pilih telefon pintar pun bukan sahaja lihat pada design dan kamera yang on point. Ciri telefon pintar pun harus ditelitikan untuk memudahkan lagi kerja harian anda.
Paling best dan tak sabar kami nak share dengan anda adalah, tak lama lagi satu telefon pintar bakal mendarat di Malaysia. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, HUAWEI Nova 7 Series akan memenuhi ruangan kedai telefon pintar. Jangan tak tahu HUAWEI Nova 7 Series ini juga lengkap dengan aplikasi yang power dan mampu memudahkan kerja anda.
Nak tahu apa aplikasi tersebut? Ini antara 3 aplikasi yang ada pada HUAWEI Nova 7 Series.
1. Terokai Dengan Lebih Banyak Aplikasi di HUAWEI AppGallery
Kalau anda nak tahu, aplikasi HUAWEI AppGallery adalah App Store ke-3 yang terbesar di dunia. Lebih menarik, lebih hebat dan lebih teruja apabila anda on sahaja HUAWEI AppGallery macam-macam aplikasi ada. Dari hiburan hinggalah ke urusan business, semuanya boleh dilakukan hanya menggunakan satu gadjet sahaja.
Boleh Bersosial Tanpa Mengira Waktu
Bercakap bab telefon ni, semua benda anda lakukan dengan menggunakan telefon pintar kan. Dari mencari maklumat sehinggalah berhubung dengan yang tersayang. Senang cerita telefon pintar ni tak boleh terlepas dari tangan anda sebab banyak benda penting yang ada di dalam nya.
Bila anda muat turun HUAWEI App Gallery anda boleh jumpa aplikasi yang hebat seperti Whatapps, Instagram, Snapchat dan banyak lagi yang dapat memberikan anda keselesaan bila anda menggunakan HUAWEI AppGallery di HUAWEI Nova 7 Series.
Lakukan Urusan Keluar Masuk Wang Hanya Di Hujung Jari
HUAWEI Nova 7 Series juga menyediakan platform e-commerce Homegrown yang membolehkan anda membeli semua keperluan gaya hidup anda dalam satu aplikasi dan menyampaikannya terus ke depan pintu rumah anda.
Mendapatkan bahan makanan dan produk segar juga tidak menjadi masalah lagi dengan aplikasi membeli belah seperti Shopee, Lazada, dan Carings.
Nikmati Video, Drama dan Permainan Kegemaran Anda Dengan HUAWEI Nova 7 Series
Akhirnya anda dapat menonton drama K-popular kegemaran anda sambil merangkul selimut paling selesa. Nak lagi high class sebelum mula movie k-drama anda sediakan makanan dan tisu awal-awal barulah boleh layan dengan senang hati. Semua ini ada di Netflix, Viu dan DimSum. Selain daripada itu, pengguna ada sehingga 3 bulan percuma premium access untuk menonton video antarabangsa.
Sekiranya rancangan TV dan filem bukan kegemaran anda, cubalah permainan baru dan hebat di HUAWEI AppGallery.
Terokai Kelebihan HUAWEI AppGallery Lebih Selamat, Lebih Storan, Lebih Ganjaran
Sekiranya anda pengguna HUAWEI, dapatkan hadiah menarik apabila anda menggunakan HUAWEI AppGallery! Lebih banyak aplikasi yang anda muat turut, lebih banyak ganjaran yang anda dapat. Yang lagi penting anda dapat lebih banyak point HUAWEI!
Anda juga boleh menggunakan ID HUAWEI anda untuk menebus hadiah dan pek hadiah yang menarik di HUAWEI AppGallery store. Paling menarik, ada banyak cabutan bertuah yang berterusan untuk anda memenangi. Ini lah peluang untuk pastikan tangan anda tidak kosong bila sudah menggunakan HUAWEI AppGallery.
Jadi apa tunggu lagi, cuba aplikasi ini sekarang dengan HUAWEI Nova 7 Series yang baru. Dengan lebih daripada 390 juta pengguna bulanan di seluruh dunia, ini adalah gedung aplikasi ketiga terbesar di dunia yang mengandungi lebih banyak aplikasi yang berfungsi di telefon pintar, tablet, dan rangkaian HUAWEI.
Jangan risau HUAWEI AppGallery ini selamat untuk anda gunakan kerana HUAWEI AppGallery telah mendapat kelulusan dari CC EAL5 terbaik industri dan pensijilan keselamatan. Anda juga boleh gunakan storan yang lebih banyak dan percuma sehingga 50GB penyimpanan selama 12 bulan.
2. Tiada Aplikasi? Tiada Masalah – FindApps Kan Ada
Aplikasi FindApps berfungsi sebagai hub untuk membantu anda mencari aplikasi yang diperlukan dan membawa anda terus ke sumber yang ada untuk memuat turun aplikasi. Dengan FindApps anda dapat mencari aplikasi popular seperti Facebook, Telegram, WhatsApp, Instagram, dan banyak lagi. Ini akan membantu anda dalam mencari aplikasi dengan menggabungkan beberapa sumber muat turun pihak ketiga seperti laman web rasmi aplikasi atau dalam AppGallery.
Terdapat banyak aplikasi lain di AppGallery, tetapi jika anda tidak dapat mencari aplikasi tertentu, jangan risau kerana anda boleh menyelesaikannya dengan memuat turun APK. Anda boleh memuat turun APK secara langsung menggunakan HUAWEI Browser, atau melalui aplikasi pihak ketiga seperti Aptoide atau Aurora Store.
3. HUAWEI Phone Clone Yang Senang Dan Mudah
Ini yang paling dinanti-nantikan, tidak kira sama ada anda pengguna iOS atau Android – HUAWEI Phone Clone serasi dengan telefon anda tanpa mengira jenama. Muat turun aplikasi percuma dari Google Play atau Apple Store.
Paling best dengan HUAWEI Phone Clone segala pemindahan data sangatlah cepat dan laju. Ia mampu mencapai kelajuan 1GB per minit. Foto, video, kenalan, dan fail lain yang anda sayangi akan dipindahkan dengan mudah dan selamat dengan penyulitan rangkaian tanpa wayar yang selamat. Tidak ada back up dalam cloud barulah tak berat hard disk anda.
Anda tidak perlu menggunakan Wi-Fi atau aliran data hanya cukup imbas kod QR atau sambungkan local hotspot telefon baru untuk memindahkan data.
HUAWEI Phone Clone berfungsi untuk transfer data dan ini adalah salah satu aplikasi yang disediakan oleh HUAWEI untuk anda gunakan dengan selamat. Anda dapat memindahkan kenalan, SMS, log panggilan, nota, rakaman, kalendar, foto, muzik, video, dokumen, dan aplikasi telefon lama anda ke telefon pintar HUAWEI baru. Canggih kan?
Jom tonton video untuk mengetahui lebih lanjut! Tiba masanya untuk anda jadikan telefon pintar HUAWEI Nova 7 Series sebagai gadjet penting anda nanti.
Maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery layari laman rasmi ini.