fbpx

Huawei Nova 4e Lengkapkan Gaya Fesyen Muda Anda

Bila keluar rumah pastinya anda mahu nampak bergaya bukan? Baju dengan rekaan terkini, bag tangan idaman semua wanita, kasut tumit tinggi yang menjadikan anda nampak lebih kurus dan jangn lupa telefon pintar untuk lengkapkan gaya anda.

Jangan risau kalau anda masih belum jumpa dengan telefon pintar yang mampu milik tetapi mempunyai rekaan yang cantik selain spesifikasi terkini — Huawei Nova 4e hadir dengan pakej lengkap dengan harga RM1,119 sahaja. Oh wow!

 

Apa yang hadir dalam pakej lengkap anda tanya?

Pertamanya, rekaan Huawei Nova 4e memang paling cantik kami lihat. Hadir dengan warna Midnight Black, Pearl White dan paling cantik Peacok Blue seperti gambar di bawah. Warna yang sangat sesuai untuk digayakan dengan apa juga warna outfit anda.

Dengan skrin hadapan 6.15-inci bersama takuk yang minimal, anda akan berasa kagum dengan ratio skrin ke badan 84.1%. Memang sebuah telefon pintar yang buat anda bergaya bak seorang bintang media sosial.

Biasa dengan ringtone peribadi untuk teman lelaki anda? Kali ini kita jadi lebih terkini dalam teknologi, Huawei Nova 4e tawarkan kebolehan untuk tetapkan video ringtone khas. Barulah lebih bersemangat untuk angkat telefon bila orang tersayang call untuk tanya khabar.

 

Untuk anda yang kaki main game, skrin 6.15-inci memang menjadi satu kepuasan. Lebih lebih lagi apabila Huawei Nova 4e ini hadir lengkap dengan cip grafik GPU Turbo dikuasakan oleh 6GB RAM dan storan dalam 128GB. Ditambah dengan bateri berkapasiti 3,340mAh, anda boleh main game sepanjang hari.

Apalah gunanya bergaya hebat untuk menjadi bintang media sosial tetapi tidak miliki kamera yang hebat? Huawei Nova 4e miliki teknologi terbaru dalam dunia kamera telefon pintar untuk anda gunakan sepuasnya.

Huawei Nova 4e hadir dengan 3 kamera di belakang — 24megapiksel kamera utama, kamera 2MP untuk gambar bokeh dan disokong oleh sebuah lensa ultra luas 8megapiksel.

Kamera ultra-wide angle ini memang menjadi trend terkini dalam kamera untuk anda ambil gambar pemandangan tempat percutian anda kelak. Bagi yang gemar OOTD pasti puas hati dengan kamera ultra-wide angle Nova 4e ini!

Ini yang paling penting untuk seorang bintang media sosial, kamera hadapan 32MP memang menjanjikan gambar selfie yang sempurna dan cantik setiap kali. Ditambah dengan fungsi AI Beautification yang mencantikkan gambar anda tanpa banyak usaha, memang laju naik like anda di media sosial.

Jangan dilupakan yang Huawei Nova 4e tetap hadir dengan perisian 3D Qmoji yang boleh anda gunakan merakam mesej video kepada rakan rakan atau ajak mereka sekali untuk berselfie dengan 3D Qmoji untuk gambar yang lebih menarik dan meriah.

Tambah menarik lagi, Nova 4e ini disokong dengan pelbagai mod yang mampu buatkan gambar dan video call anda lebih ceria dan menarik.

Antaranya dengan menggunakan mod Portrait, Panorama, AR Lens, Time-Lapse, Filter, 3D Panorama, dan juga Stickers.


Huawei Nova 4e memang satu pakej yang lengkap selepas mereka hadir dengan Huawei Nova 4 tidak berapa lama dahulu.

Dengan harga mampu milik RM1,119, semua yang anda dapat memang lebih dari berbaloi untuk poket anda. Siapa kata anda perlu bayar lebih untuk sebuah telefon pintar yang bergaya dan canggih begini.

Huawei Nova 4e boleh didapati dari pengedar sah Huawei atau di online store Huawei dengan harga berbaloi sempena sambutan ke 5th Huawei di sini.

Maklumat lanjut boleh anda dapati di laman web rasmi Huawei Nova 4e.