fbpx

Semua orang bercakap-cakap pasalnya termasuklah top ikon seperti blogger, Daphne Charice, pelakon Liyana Jasmay, dan juara badminton national, Goh Liu Ying!

Mereka kata sejak gunakannya, ia memberikan pengalaman yang luar biasa! Ia dapat capture dan immerse mereka dalam setiap saat, dan pada masa yang sama memberikan rasa kebebasan yang lain.

Fuh! Apa yang mereka cakapkan tu?

Haa…Mereka cakap tentang kemajuan teknologi terbaru HUAWEI yang begitu inovatif dan reka bentuknya yang sangat-sangat canggih. Inilah fon kepala tanpa wayar pertama di dunia iaitu HUAWEI FreeBuds Studio!

Bagi wanita yang bekerjaya, dan selalunya busy macam Daphne, Liyana dan Goh, memang tak ada masa nak bergerak ke sana sini. Ada jer kekangan yang mereka terpaksa hadap. Ye lah dari segi masa, play time, masa dengan famili dan kadang-kadang tu nak jugaklah ‘ME’ time kan? Tapi semua benda ni susah nak dapat.

Bila adanya HUAWEI FreeBuds Studio ni tiada lagi halangan!


So, apa yang membuatkan mereka ni in love sangat HUAWEI FreeBuds Studio? Ini sebabnya!


Kualiti Bunyi Yang Tiada Tandingan Melalui Reka Bentuk Yang Exclusive!

Menyampaikan kualiti suara profesional dan fleksibiliti tanpa wayar, peminat muzik terutamanya akan menyukai HUAWEI FreeBuds Studio untuk pengalaman audio yang ditawarkan ni.

Dengan menggunakan komponen akustik profesional, HUAWEI FreeBuds Studio menyokong tindak balas frekuensi ultra tinggi 4Hz hingga 48kzHz dan audio pun dah di tuned oleh pakar audio untuk menyampaikan muzik resolusi tinggi dengan lebih terperinci dalam memberikan pengalaman luar biasa audio Hi-Fi. Best weh!

Dengarkan Apa Sahaja Yang Anda Ingin Dengar Dengan Pembatalan Bunyi Dinamik

Fon kepala pertama di dunia yang menggunakan teknologi pembatalan bunyi bising yang aktif. Jadi, tiada lagi bunyi bising yang anda dengar ketika mendengar muzik. FreeBuds Studio ini juga membolehkan anda hanya mendengar apa yang anda mahu dengar sahaja. So tak ada lah bunyi bising dari luar tu. Gila syiok kan?

Bukan tu jer, pengalaman sambungan pintar ini juga memudahkan proses untuk switch kepada peranti lain ketika anda sedang menggunakan fon kepala ini.

HUAWEI FreeBuds Studio turut menggabungkan beberapa inovasi audio untuk membina sistem dinamik pembatalan bunyi. Sistem ini terdiri daripada sistem persepsi dinamik dan sistem data akustik.

Yang pertama, ianya mengenali persekitaran suara luaran dengan tepat, dan yang kedua ia menyediakan tiga mod pembatalan bunyi berdasarkan data besar akustik, dan membolehkan fon kepala ini menyesuaikan mod pembatalan bunyi secara automatik dengan perubahan persekitaran untuk mencapai pengalaman pengurangan kebisingan yang selesa dalam pelbagai senario.

Memastikan Anda Sentiasa Berhubung

Setiap ear cup HUAWEI FreeBuds Studio dilengkapi dengan dua antena Bluetooth yang menyediakan 360 darjah liputan signal. Antena ini dapat mengesan dengan jika jarak isyarat disekat dan secara automatik beralih ke antena lain untuk memastikan sambungan yang stabil.

Walaupun telefon pintar anda yang ada di dalam beg tangan atau poket anda, atau anda berada di tempat yang dengan dengan gangguan isyarat kuat seperti lapangan terbang, HUAWEI FreeBuds Studio dapat memberikan perlindungan isyarat penuh 360 darjah tau. Ia akan pastikan tiada gangguan pangggilan telefon dan pengalaman anda untuk mainkan muzik playback.

Ia juga menampilkan sambungan empat-saluran, dual-mode dan dual connection. HUAWEI FreeBuds Studio, dapat menyambung ke dua dua peranti secara serentak, tanpa perlu memutuskan sambungan dan menyambung semula berulang kali.

Sebagai contoh, anda dapat mendengar muzik atau menonton video di satu telefon dan menjawab panggilan yang masuk di telefon lain. Sekiranya ada panggilan masuk, FreeBuds Studio secara automatik akan pause muzik yang dimainkan di telefon lain. Ada lagi, sekiranya anda membuat panggilan di satu telefon, dan panggilan lain masuk di telefon yang lain, FreeBuds Studio akan memberi anda incoming call alert.

Memastikan Anda Dalam Keadaan Bersedia

Hanya memerlukan masa 10 minit sahaja dengan HUAWEI SuperCharge hinggakan anda dapat mendengar muzik selama 5 jam bila anda on kan pembatalan bunyi. Untuk full charge pula hanya memerlukan masa 60 minit sahaja gais! HUAWEI FreeBuds Studio ini juga menawarkan pemutaran muzik berterusan 24 jam dengan pembatalan bunyi, atau 20 jam dengan pembatalan bunyi dihidupkan.

Sangat Cantik & Selesa!

HUAWEI FreeBuds Studio direka dengan inspirasi gramophone – terinspirasi oleh arm dan meja putar, sambil mengekalkan penampilan minimalis. Cangkang luar ear cup dilapisi dengan lapisan matte logam untuk penampilan yang lebih halus.

Cylindrical headband arms diperbuat oleh silinder logam keluli tahan karat berdiameter 7mm berbentuk bulat dan sleek, membalikkan reka bentuk headband arms yang lebar dan rata. Arm dihubungkan dan diratakan dengan ear cups, untuk mendapatkan keanggunan classic gramophone.

Untuk meningkatkan lagi keselesaan fon kepala di telinga, HUAWEI FreeBuds Studio juga mengadopsi reka bentuk ergonomik cushioning yang tidak hanya memastikan keselesaan fon kepala, tetapi juga untuk keselesaan di telinga kerana bentuknya yang lebih luas di kepala akan membuatkan anda lebih selesa untuk memakainya dalam jangka masa yang lama.

Mesti Ada Satu Untukmu Di HUAWEI!

HUAWEI juga melancarkan pelbagai jenis wearables yang sesuai dengan gaya hidup harian anda seperti HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II, FreeBuds Pro, FreeLace Pro dan FreeBuds 3i. Untuk keperluan masa lapang anda, ketika bersukan hinggalah kepada anda yang peminat muzik, semuanya ada untuk anda menjalani AI smart life!

Menjadi Sebahagian Penyumbang Ekosistem

Dengan mengikut strategi HUAWEI 1+8+N, HUAWEI tiada masalah untuk menghubungkan pelbagai peranti melalui teknologi telefon pintar, termasuk HUAWEI FreeBuds Studio. Dengan setiap part ekosistem memainkan peranan yang unik dan tiada ganti ini, mereka semua bersatu dengan lancar untuk membentuk Ekosistem pintar yang padu.

Contohnya, dengan HUAWEI FreeBuds Studio, anda dapat menikmati pengalaman audio yang best sambil tetap produktif dalam persekitaran bebas bunyi, nak nak pula bila anda pair-kan dengan HUAWEI MateBook 14 terkini. Wuu! Lagi mantap gais.

Ada Sesuatu Untuk Anda!

HUAWEI Audio sentiasa berdedikasi dalam misinya dalam memberikan audio yang paling pure tanpa gangguan latar belakang untuk pengalaman audio yang lebih mendalam. Untuk menjadikan visi ini menjadi kenyataan, HUAWEI Audio sentiasa terus menerus membuat inovasi, mengintegrasikan chipset, OS dan peranti digital untuk memastikan anda melalui pengalaman audio dengan pelbagai peranti – dari earbuds,earphones, hingga over-ear headphone.

HUAWEI FreeBuds Studio boleh didapati di Malaysia mulai 30 Oktober, dan akan dijual pada harga RM1,199 sahaja. Ada lagi – komputer riba HUAWEI MateBook 14 dan telefon pintar HUAWEI Y7a juga akan ada pada hari yang sama! Dapatkan semua peranti yang anda perlukan untuk pengalaman yang lebih terbaik hari ini.

Nantikan juga di Laman Facebook Rasmi HUAWEI kerana HUAWEI akan memperkenalkan satu lagi kedatangan baru untuk pelancaran penjualan pada 30 Oktober ini!

Pssstttt…jangan lupa tau dapatkan HUAWEI Freebuds Studio secara online dan di store HUAWEI pada 30 Oktober ini dengan hanya RM1,199 sahaja!