fbpx

Baru-baru ini telah berlangsungnya, persidangan Future of Asia di Tokyo dalam persidangan tersebut Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan terus menggunakan teknologi HUAWEI dalam apa jua keluarannya.

Ini kerana HUAWEI mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi yang luar biasa untuk dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia. Secara ketara, Tun Dr Mahathir juga telah menunjukkan keyakinan negara dalam teknologi 5G oleh HUAWEI semasa pameran 5G Putrajaya pada 18 April 2019.

Dalam perspektif pengguna pula, telefon pintar HUAWEI semakin berkembang, khususnya Siri P30 yang dilancarkan beberapa bulan lalu yang dilengkapi dengan teknologi inovatif dan kualiti yang hebat.

Penggunaan telefon pintar HUAWEI sentiasa menjadi telefon pintar kegemaran rakyat Malaysia. Terbaru,
HUAWEI memperkenalkan telefon pintar yang lebih inovatif dengan kualiti dan teknologi yang baik untuk pasaran Malaysia iaitu HUAWEI Y5 2019.

Dengan kehadiran HUAWEI Y5 2019 yang mempunyai prestasi kamera yang hebat dilengkapi dengan lensa 13MP f/1.8 dan mampu merakam gambar kenangan anda walaupun di dalam keadaan kekurangan sumber cahaya.

HUAWEI Y5 2019 mempunyai kapasiti penyimpanan yang awesome sebanyak 32GB dengan penambahan SD card sehingga 512GB.

Telefon pintar ini juga mempunyai tiga slot kad dimana terdiri daripada dua kad nano-SIM dan memory card.

Tidak hanya tertumpu dengan lensa kamera yang awesome, HUAWEI Y5 2019 ini juga mempunyai fast face unlock hanya dengan mengambil masa 1.5 saat.

Selain itu, kecerahan skrin secara automatik akan meningkatkan pencahayaan rendah untuk prosedur pembukaan muka yang licin dan berkesan; fungsi ini telah terbukti berkesan dengan kadar kejayaan 98%.

Oleh itu, telefon pintar ini dapat memberi keselesaan kepada orang tua anda, terutama apabila kadang-kadang mereka melupakan kata laluan pada skrin kekunci.

Lebih menarik lagi, HUAWEI Y5 2019 ini mempunyai pelbagai keistimewaan lain yang mampu buat anda jatuh cinta antaranya kamera hadapan 5MP dengan A.I beautification, paparan skrin dewdrop sebesar 5.71 inci, bateri 3,020 mAH untuk penggunaan sepanjang hari serta 3 pilihan warna iaitu Modern Black, Amber Brown dan Sapphire Blue.

Bermula hari ini, anda boleh miliki HUAWEI Y5 2019 dengan harga RM459 di semua kedai HUAWEI atau melalui dalam talian!

Di samping itu, anda juga akan berpeluang memenangi HUAWEI MediaPad M3 Lite bernilai RM999 sehingga 16 Jun 2019 sempena Ramadan ini.

Nak menang HUAWEI MediaPad M3 Lite ini senang sahaja, anda hanya perlu terjah laman rasmi HUAWEI iaitu www.huawei-raya.com dan isikan maklumat peribadi anda. Seterusnya nantikan maklum balas daripada pihak HUAWEI.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang ini dan Facebook HUAWEI Malaysia.