fbpx

Huawei Bakal Buat Anda Jatuh Cinta Dengan EMUI 9.1

Penggemar setia telefon pintar pasti akan terkesima dengan kecanggihan yang dilancarkan oleh HUAWEI dengan keluaran EMUI 9.1 ini.

Kali ini, EMUI 9.1 akan lebih buat anda jatuh cinta dengan memberi tumpuan kepada ciri-ciri terbaru yang akan membuatkan gaya hidup anda lebih berkualiti.

Lebih menarik lagi, HUAWEI Mate 20 akan secara automatiknya menggunakan EMUI 9.1 mulai 27 Jun ini. Ini kami senaraikan kepada anda antara yang best mengenai EMUI 9.1.

1. GPU Turbo 3.0

Yang selalu leka main game sampai tak makan tak minum tu, anda akan lebih enjoy dengan GPU Turbo 3.0 yang akan melancarkan lagi dunia permainan anda secara dalam talian dengan rangkaian yang lebih stabil.

Lebih menyeronokkan lagi apabila senarai permainan game ditingkatkan dari 6 ke 25 game antarabangsa yang akan buat anda terokai setiap game yang ada.

2. Kecanggihan Voice Assistant Yang Lebih Mudah

Menerusi EMUI 9.1 ini anda akan lebih mudah dan selesa menggunakan pembantu suara seperti voice assistant dalam kerja harian anda.

Cara yang mudah dengan menekan butang kuasa selama 1 saat ketika telefon pintar berada dalam mod sleep dan kemuadian hanya dengan satu klik sahaja untuk mengenal pasti subjek seterusnya akan belaku voice reporting dan ini secara tidak langsung akan mepercepatkan lagi kerja anda.

3. Pemindahan Dokumen Dan Gambar Yang Lebih Pantas

Dilengkapi dengan HUAWEI Share, OneTap Share yang akan memudahkan anda untuk memindahkan foto, dokumen dan video dengan kelajuan yang paling pantas.

Hanya mengambil masa 35 saat sahaja segala tranksasi pemindahan anda berjaya dipindahkan tanpa menggunakan sebarang wayar.

4. Penyunting Video Yang Canggih

Bagi anda yang sering membuat video review atau apa sahaja video yang menarik nantikan keluaran EMUI 9.1 yang akan memberikan anda satu pengalaman menyunting video atau trim video menggunakan AI dengan mudah.

Bahagian tertentu video akan disunting secara automatik dengan filter yang lebih menarik, dan dalam masa yang sama anda boleh memilih sentuhan efek kelajuan serta muzik latar yang unik.

5. Nada Dering Yang Lebih Awesome

Jika sebelum ini anda hanya boleh memilih nada dering untuk panggilan telefon sahaja, namun kini dengan EMUI 9.1 anda boleh set nada dering anda untuk panggilan video call.

Jadi tibalah masanya untuk anda set nada dering yang menarik dan havoc untuk kekasih hati anda. Barulah semangat sikit nak video call!

6. Peneman Baru Ketika Bersenam

Dengan EMUI 9.1 ini secara automatiknya anda akan dapat rakan baru yang akan membaca kalori yang terbakar, kelajuan ketika berlari dan juga tempoh bersenam ketika anda melakukan senaman.

Hanya dengan menyentuh peranti pada alat senaman treadmill secara tidak langsung, ia akan dapatkan bacaan data secara masa-nyata menggunakan algoritma pintar untuk mengukur getaran ketika melangkah.

Dengan kecanggihan EMUI 9.1 ini akan buatkan kehidupan anda lebih berkualiti dan teratur.

Bagi anda yang ingin naik taraf telefon bimbit anda ke peranti EMUI 9.1 ini jangan lupa untuk open setting telefon bimbit anda dan kemudian terus ke bahagian sistem dan tekan pada perkataan kemaskini perisian (software update) untuk rasai sendiri kecanggihan EMUI 9.1.

Maklumat lanjut layari @HUAWEIEMUI atau di sini. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi HUAWEI EMUI untuk naik taraf lebih banyak model telefon bimbit.