fbpx

Hot Mommies Pun Pandai Jaga Diri, Inikan Pulak Anda?

Kalau cerita bab COVID-19 ni memang jelas-jelas sekarang ni kita masih lagi belum menang. Mungkin sekarang dah slow tak macam awal-awal masa kita diserang wabak pandemik ini kan tapi kerajaan masih lagi bertungkus-lumus membantu kita terutamanya dari segi ekonomi.

Dalam kita masih lagi ‘diserang’ wabak ini, nak tak nak kita kena wajib jaga diri dan patuhi SOP yang kerajaan minta kita buat ya. Tak terkecuali lah ibu mengandung. Memang patut mereka ni jaga diri terutamanya untuk bayi dalam perut.

Dahla Cantik, Pandai Jaga Diri Pulak

Kalau anda nak tengok hot mommies Fazura, Emma Maembong, Farah Nabilah, Scha Alyahya dan ramai lagi lah artis yang bakal menimang cahaya mata tak lama jer lagi, mereka ni memang pandai jaga diri dalam hadapi norma baharu ni.

Tau-tau sajalah kan kalau artis ni memang ke sana ke sini. Tengok macam Emma Maembong pun ke Langkawi bercuti but still patuhi SOP.

Mommy Fazura pun kalau nak kena mana-mana function boleh nampak dia sentiasa pakai pelitup muka. Sikap macam ni yang kita perlu ikut.

Jangan Ambil Mudah!

Untuk ibu-ibu kat luar sana pun, anda kena pandai jaga diri dan patuhi SOP okay. Jangan ambil mudah walaupun COVID-19 dikatakan tak menyerang macam di negara luar tapi wabak ni masih lagi ada di negara kita.

Bukan apa, kehamilan ni bukan sahaja melibatkan nyawa ibu, ia juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan baby yang sedang membesar. Sentiasa beringat okay.

Setakat ini, kesan COVID-19 terhadap ibu hamil masih lagi tidak jelas tapi tak salah pun kalau anda mengambil langkah awal bagi mencegah jangkitan tersebut daripada berlaku. Betul tak?

Sama-sama Hentikan Wabak COVID-19

Jom kita tengok list kat bawah ni. Mungkin boleh bantu anda dari terkena jangkitan COVID-19.

1. Kerap basuh tangan dengan sabun atau gunakan ‘Hand Sanitizer’ apabila berada di luar.

2. Jarakkan diri 1m daripada orang yang bergejala (social distancing)

3. Pakai face mask apabila berada di luar.

4. Jauhkan dari daripada lokasi tempat awam atau kawasan yang sesak dengan orang awam. Tak perlu pergi jangan pergi. Jika perlu pergi minta bantuan suami seperti ke pasaraya atau ke pasar awam.

5. Elakkan melawat ke luar negara atau ke kawasan yang diketahui alami wabak COVID-19 ini.

Sama-samalah kita jaga diri. Jangan buat sambil lewa. Even kerajaan sendiri pun nak kita patuhi SOP.

Klik link ini Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang info sihat berkaitan COVID-19. #Kitajagakita