fbpx

“Hormatilah Hati Bekas Isteri Yang Masih Berduka”

Mula mengaktifkan semula akaun Instagram masing-masing, nampaknya pasangan Izreen Azminda dan Ude Wahid sudah beberapa kali memuat naik gambar romantis bersama. Namun gambar ‘tayang mesra’ mereka dikritik hebat oleh peminat yang masih berang dengan kontroversi melanda.

BACA: Ude Perli Bekas Isteri Guna Roti Telur?

Disebabkan ruangan komen pada akaun mereka masih ditutup, peminat mengambil kesempatan terhadap akaun media sosial lain yang memuat naik gambar mereka dengan meninggalkan komen hentaman bagi melepaskan geram.

Ramai berpendapat Izreen dan Ude tidak perlu terlalu menunjukkan kebahagiaan mereka pada ketika ini kerana Ude dan bekas isteri, Intan Liana baru sahaja bercerai. Tambah mereka, pasangan itu sepatutnya lebih sensitif dan menjaga perasaan bekas madu mereka itu yang masih kesedihan.

Ada yang mendakwa, pasangan ini telah menutup ruangan komen mereka kerana takut dihentam tapi pada masa yang sama masih ingin menunjuk kebahagian kepada orang ramai dan juga bekas madu di media sosial.

Pun begitu ada juga dikalangan peminat yang sudah menerima ketentuan hubungan mereka dan mendoakan kebahagiaan mereka. Rasanya Ude dan Izreen tidak perlulah memuat naik gambar seumpama ini kerana ia bukanlah keperluan selain menambahkan lagi kesedihan pihak sana. (rtky/w)