fbpx

Pelakon, Diana Danielle berkata dia tidak tidak akan sesekali berkongsi perihal rumah tangga di media sosial.

Memetik Utusan Online, Diana berkata tindakan tersebut adalah cara menghormati dan menjaga air muka suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil.

BACA: “Tiada Wanita Mahu Bercerai Tanpa Sebab” – Diana Danielle

“Saya hormat suami, jadi saya tidak akan ‘pecahkan’ apa-apa di media sosial. Semakin lama, semakin saya hormat dia. Bukan dulu tak hormat suami, mungkin ketika itu muda dan kurang matang.

“Sekarang, saya segan nak kongsi cerita hal ‘dalam kain’ di media sosial. Kematangan ajar kita untuk tengok situasi dan cari jalan keluar,” katanya.

Dalam pada itu, Diana berkata kesefahaman dan toleransi dalam hubungan suami isteri untuk hidup bahagia, selain itu kepercayaan juga penting.

“Sesuatu hubungan itu perlukan masa untuk menjadi matang. Ketika awal perkahwinan, saya akui, susah percaya suami.

“Tetapi, semakin lama, Farid membuktikan kesetiaannya. Itu membuatkan saya sekarang lebih relaks dan tenang,” katanya.

Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.