fbpx

Hormat Sensitiviti, Taeyang Elak Sentuh Peminat Wanita Islam Tempatan

Pujian harus diberikan kepda pihak penganjur konsert dan bintang Korea ini sendiri yang berjaya mengelakkan kontroversi berulang selepas Taeyang dilihat lebih peka dengan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia ketika hadir ke sini baru baru ini.

Melalui beberapa buah video dan gambar yang dikirimkan para peminat ke media sosial, Taeyang yang juga ahli kumpulan Big Bang dilihat sangat berhati hati untuk tidak menyentuh para peminat wanita terutama yang beragama Islam.

Video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna di Instagram menunjukkan yang walaupun Taeyang berada dekat dengan peminat beliau mengambil pendekatan untuk tidak menyambut tangan yang dihulur oleh para peminatnya. Memang cool!

Ada juga khabar mengatakan yang Taeyang sendiri memaklumkan kepada seorang peminatnya yang beragama Islam beliau tidak dibenarkan untuk menyentuh peminat walaupun lazimnya satu pelukan memang bukan asing buat bintang Korea ini.

Elak Kontroversi, Taeyang Elak Bersentuh Peminat Wanita Tempatan - ROTIKAYA

Mungkin perkara ini boleh diteruskan dalam konsert bintang Korea selepas ini untuk elakkan ianya menjadi bahan kontroversi rakyat Malaysia. Untuk anda yang terlepas hadir ke konsert Taeyang, ini ada beberapa keping gambar untuk tatapan anda. Enjoice! (rtky/m)