fbpx

Honor 10 Lite Ditawarkan Pada Harga RM699

Jenama telefon pintar terkemuka, Honor akhirnya melancarkan secara rasmi jenama terbaru mereka, Honor 10 Lite yang bertempat di KL Live, Kuala Lumpur.

Buat pengetahuan semua, Honor 10 Lite, merupakan peranti dengan spesifikasi kelas pertengahan dengan skrin bertakuk kecil dan dijana dengan cip pemproses Kirin 710. Pada kali ini ditawarkan sebanyak 2 variasi iaitu 3/32 GB dan 3/64 GB sahaja. Kedua-dua variasi Honor 10 Lite ini dijual dengan tanda harga RM749 dan RM799.

Menariknya pada kali ini, Honor 10 Lite ini menggunakan rekaan skrin bertakuk kecil yang sedia popular dengan ramai pengeluar. Saiz skrinnya adalah 6.21 IPS LCD FHD+, kamera utama dwi-lensa 13+2 Megapixel, kamera swafoto 24 Megapixel, bateri 3400mAh dan sokongah pengecasan 10W melalui mikroUSB.

Selain itu, Honor 10 Lite, Honor turut memperkenalkan dua penjejak kesihatan baru: Honor Band 4 dan Honor Band 4 Running yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM149 untuk Honor Band 4, manakala bagi Honor Band 4 Running pula dijual pada harga RM79.

Anda juga boleh mendapatkan peranti Honor 10 Lite variasi 3/32 GB yang berharga RM749 dengan harga yang jauh lebih murah ditawarkan dengan membelinya secara online di aplikasi Lazada dan HiHonor dengan harga promosi RM699 bermula 9 Januari 2019. (rtky/h)