fbpx

Honeymoon Luar Negara, Aiman Tino Idam 4 Orang Anak

Tahniah diucapkan buat penyanyi Aiman Tino yang selamat diijabkabulkan dengan isteirnya, Che Syarah Haifa dengan sekali lafaz petang semalam.

Memetik Media Hiburan, Aiman meluahkan rasa syukur majlis pernikahan mereka dipermudahkan dan tarikh 27 April itu adalah simbolik angka 27 merupakan tarikh lahirnya.

BACA: Aiman Tino Sah Bergelar Suami Syarah Haifa

“Saya rasa lega dah sah bergelar suami dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar.  Saya pilih tarikh 27 sebab angka 27 itu istimewa buat saya sebab ia merupakan tarikh lahir saya, cuma ia pada 27 Jun. Jadi kami awalkan nikah pada bulan April,” katanya.

Menurut Aiman, hatinya terpikat pada Syarah kerana keserasian antara mereka dan yakin bahawa isterinya itu adalah jodoh buat dirinya.

“Luaran dia memang cantik di mata saya, keselesaan dan keserasian dengan cara kami berbual, berfikir…kami senang masuk.

“Perkara itu buatkan saya lebih senang untuk mengenali diri dia. Saya percaya pilihan saya tepat dan Syarah adalah jodoh saya,” katanya.

Sementara itu, Syarah menyifatkan Aiman seorang yang sentiasa mengambil berat dan sifat penyayang penyanyi itu membuatkannya ‘cair’.

“Aiman tak romantik, tapi dia seorang yang caring. Bila dia macam tu, saya rasa sentiasa disayangi. Sikap caring macam tu, bukan semua orang buat bagi pada kita,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan itu memilih untuk berbulan madu di luar negara. Berkongsi mengenai cahaya mata, Aiman berkata dia idamkan empat orang cahaya mata, manakala isterinya mahu enam orang anak.

“Kalau bercakap soal anak, saya idamkan empat orang cahaya mata manakala isteri mahukan enam orang anak sebab dia anak keenam daripada tujuh beradik. Saya pula anak keempat daripada 11 beradik, tidaklah saya mahu bersaing dengan ibu bapa saya,” katanya.