fbpx

Hollywood Rancang Remake Filem Hits 1980’an, Dirty Dancing

Nampaknya selepas kita menyaksikan Tron & sedang menunggu Conan the Barbarian, sebuah lagi filem klasik 80’an akan di’bawa semula ke layar.

Dirty Dancing yang di’terbitkan sekitar tahun 1987 merupakan sebuah filem hits yang berjaya mengutip secara keseluruhan US$214 juta sehingga 2009.

Sekuel kepada Dirty Dancing pernah di’lakukan pada 2004 dengan tajuk Dirty Dancing: Havana Night namun usaha tersebut gagal mengangkat kembali jenama filem ini.

Kenny Ortega yang bertanggungjawab menjadi pengarah koreografi untuk filem asal di’katakan bakal menjadi pengarah & penerbit fiem remake Dirty Dancing.

“Peluang untuk mengarah filem Dirty Dancing seperti pulang ke rumah sendiri. Saya percaya ramai bakat di’luar sana untuk saya cari & ini peluang untuk mengangkat kembali kegemilangan dulu”, kata Kenny Ortega.

Dengan populariti So You Think You Can Dance, mungkin filem remake Dirty Dancing ini mampu kembali hits seperti dulu.