Kami tahu entri ini dan kenyataan media terbaru Nora Danish ini bakal menghangatkan lagi drama minggu ini.

Bertindak sebagai batu api tidak bertauliah, kami suka untuk memetik kenyataan terbaru Nora Danish melalui ManggaOnline hari ini.


“Dari awal lagi hubungan mereka memang tidak direstui oleh keluarga mertua, jadi jika hari ini mereka putus kerana tiada restu, itu bukan kerana mulut saya yang menghasut.”

“Apa pun yang berlaku, adalah daripada mereka sendiri tanpa meminta sebarang pandangan daripada saya,” kata Nora Danish kepada media.

Ini adalah kenyataan terbaru yang perlu Fasha Sandha jawab selepas tarikh sebenar perpisahan mereka terdedah hari ini melalui screenshot Blackberry.

Anda boleh baca semua pendedahan Fasha Sandha melalui entri paling popular hari ini & nilaikan sendiri apa motif sebenar selebriti sensasi ini.

Kami tahu ini agak mengarut tetapi sebagai satu cubaan untuk menambah perisa dalam drama realiti antara Fasha Sandha & Nora Danish ini, pick your team now.

[poll=”22″]