fbpx

Hisyam Hamid Sahkan Sudah Bercerai

Pelakon Hisyam Hamid akhirnya membuka mulut mengenai desas desus keretakan rumah tangganya apabila mengesahkan sudah berpisah dengan isterinya, Rosmawati Hanafi.

Memetik Oh Bulan, Hisyam bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh perceraian mereka serta mengakui selesan menjalin hubungan baik dengan Rosmawati atau lebih mesra disapa Mel sebagai kawan baik sahaja.

BACA: Hisyam Hamid Belum Sedia Ulas Status Cerai

“Buat masa ini kami selesa berkawan baik. Lebih daripada itu saya tak pasti, masa yang akan tentukan.

“Saya tak nak sebab satu titik hitam yang berlaku, musnahkan segalanya. Masing-masing dah minta maaf. Buat masa ini, jalan terbaik adalah dengan tidak lagi menjadi suami isteri.

Sementara itu, Hisyam berkata dia dan Mel ingin melupakan perkara yang terjadi sertta mahu meneruskan kehidupan masing-masing serta menyifatkan isterinya melahirkan anak-anak mereka adalah pengorbanan besar.

“Dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Hampir 20 tahun kami bersama, sepanjang 20 tahun itu tak semua negatif dan banyak perkara baik yang berlaku.

“Itu adalah pengorbanan besar yang paling besar bagi seorang wanita melahirkan anak-anak,” katanya

Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.

SUMBER: Oh Bulan