fbpx

Hisyam Hamid Belum Sedia Ulas Status Cerai

Pelakon Hisyam Hamid berkata dia belum bersedia untuk mengulas dakwaan dia sudah bercerai dengan isterinya, Rosmawati Hanafi atau Mel seperti yang hangat diperkatakan ramai sejak setahun lalu.  

Memetik BH Online, Hisyam berkata dia akan memberi kenyataan apabila tiba masanya nanti serta memohon agar orang ramai mendoakan perkahwinan dibina bersama Mel sejak 2006 itu.

BACA: Nak Wujud ‘Chemistry’, Scha Elinnea Panggil Hisyam Hamid ‘Baby’ Di Set Penggambaran

“Mungkin dalam setiap perkahwinan ada masalah dihadapi dan ada pasang surutnya. Saya tak tahu bagaimana hendak jawab dan ulas mengenai perkara ini (status rumah tangga).

“Mungkin bila tiba masa sesuai dan sudah bersedia, saya akan cakap. Untuk bercakap mengenai perkara ini, banyak faktor yang perlu diambil kira. Saya perlu jaga hati anak-anak, jadi saya masih berfikir,”

Sementara itu, ditanya mengenai hubungan dengan isterinya, Hisyam berkata Mel masih menjadi pengurus serta mengatur kerjaya seninya seperti biasa.

“Sebenarnya kami sampai sekarang okay. Hari Raya baru-baru ini kami masih keluar bersama anak-anak. Dia juga masih mengurus kerjaya saya. Tapi untuk komen mengenai status, saya masih belum bersedia. Sebenarnya perkara ini sudah lama. Siapa yang perasan itu, perasanlah,”

Dalam pada itu, Hisyam berkata memahami statusnya sebagai public figure dan kisah peribadinya menjadi perhatian ramai, namun ada perkara peribadi yang tidak boleh dikongsikan.

“Saya faham saya seorang selebriti, jadi orang hendak tahu mengenai hal peribadi. Kalau jika saya orang awam, mungkin tak ada yang kisah. Saya faham ada peminat yang sering bertanya, malah ramai juga sering mendoakan kami.

“Apa yang saya boleh cakap, hubungan kami baik-baik sahaja. Cuma ada beberapa perkara agak peribadi dan saya tak boleh berkongsi,” katanya.

SUMBER: BH Online