fbpx

Hipokrasi Etika Pemakaian Polis Moral Malaysia Terhadap Beyoncé

Dua tahun dahulu, Beyonce ada merancang untuk mengadakan konsert jelajahnya di’Malaysia tetapi di’batalkan atas sebab sebilangan aktivis moral yang aktif ketika penyanyi luar negara ingin mengadakan konsert di’Malaysia.

Etika pemakaian yang di’kenakan terhadap Beyonce adalah beliau perlu menutup bahagian dari bahu ke lutut tanpa mendedahkan dada.

Macam familiar bukan istilah mendedahkan dada? Oh ya, artis & selebriti Malaysia juga ramai yang mendedahkan dada.

Bukan di’konsert (kerana tidak cukup berbakat untuk membuat konsert), tetapi di sessi fotografi & lebih manis di majlis rumah terbuka atau sambutan hari raya Aidilfitri.

Sikap hipokrasi kita terhadap artis luar negara ini semakin ketara & meletakkan nama Malaysia seolah-olah sebuah negara yang melarang keras sebarang bentuk hiburan.

Beyonce juga pada persembahan 25 Oktober 2009 ini di’larang memakai kostum dalam video ‘Single Ladies (Put A Ring On It)‘. Nampaknya peminat di’Malaysia akan menonton versi Beyonce paling sopan dalam sejarah.

Layankan persembahan live Beyonce dengan lagu Halo Live! di The Today Show selepas ini. Enjoice!